CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Korea Utara Miskin Dan Kebuluran, Anak Kim Jong-Un Dikutuk Pakai Jaket Christian Dior RM8344

28-3-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5238| Komen: 17

Pyongyang: Anak perempuan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un dilihat memakai jaket jenama Christian Dior bernilai AS$1,900 (kira-kira RM8,344) ketika kemelut kemiskinan dan kebuluran melanda seluruh negara itu.


Kim Ju-ae yang diketahui anak kedua pemimpin Korea Utara berusia 10 tahun itu dilihat berdiri di belakang bapanya sambil tersenyum ketika menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-17 awal bulan ini.

Portal The Telegraph melaporkan, imej itu dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea dan bukti terkini Ju-ae membayangi pergerakan bapanya.


Foto: Agensi

Profil Ju-ae menimbulkan spekulasi dia sedang dipersiapkan untuk menjadi generasi keempat keluarga Kim untuk mengambil alih pemerintahan satu-satunya negara komunis dinasti di dunia.

Media Korea Selatan menyatakan, jaket musim sejuk itu biasanya dijual pada harga AS$1,900.


Jong-un difahamkan mewarisi cita rasa mewah bapanya dalam aspek makanan, minuman dan pakaian.

Bekas Duta Korea Utara ke Kuwait, Ryu Hyun-woo yang berpaling tadah pada September 2019, memberitahu The Korea Times, keutamaan utama bagi diplomat yang ditempatkan di luar negara adalah mendapatkan barangan mewah untuk kepimpinan di Pyongyang.

Ia termasuk jam tangan IWC Portofino buatan Switzerland yang dilihat dipakai Jong-un pada 2020 ketika dia menangis pada ulang tahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja Korea yang menyeru rakyat Korea Utara menanggung kesusahan yang dihadapi negara.

Jam tangan yang dilihat pada pergelangan tangan pemimpin Korea Utara itu biasanya dijual dengan harga lebih 10,000 Euro (kira-kira RM47,539).

Perbelanjaan keluarga Jong-un bertepatan dengan laporan keadaan bekalan makanan di Korea Utara semakin meruncing dengan cepat.

Agensi bantuan antarabangsa berulang kali memberi amaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, stok bahan makanan ruji semakin berkurangan, ribut dan banjir merosakkan tanaman, sekatan menyebabkan mustahil untuk mendapatkan baja kimia, bahan api dan alat ganti untuk peralatan pertanian dan sempadan China masih ditutup.

Ketika keadaan terdesak, tentera sempadan diberi arahan menembak untuk membunuh sesiapa yang cuba melarikan diri ke China dan peluru hidup diedarkan ke ladang koperasi untuk melindungi simpanan bijirin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 28-3-2023 12:11 PM
dasar komunis.
Quote dua_chzy 28-3-2023 12:19 PM
Rakyat NK pun dah mula rebel cakap2 blakang tak puas hati bila nampak anak Jong Un gemok gedempol pehtu suka berfesyen2 yang mana, kanak2/remaja NK dilarang sama sekali untuk bergaya hatta pakai lipstick pun takleh tanpa kebenaran pemerintah. Baru mereka sadar anak2 mereka punya la kasihan miskin hina berbanding anak si Jong Un ini. Mudah2an meka buat kudeta. Syaitan sangat keluarga ini.
Quote Supersirap 28-3-2023 12:26 PM
Semoga rakyat di sana mendapat sinar yang baharu
Quote supernaturalee 28-3-2023 12:42 PM
Supersirap replied at 28-3-2023 12:26 PM
Semoga rakyat di sana mendapat sinar yang baharu

i-Sinar?  



Quote primarikey 28-3-2023 01:02 PM
supernaturalee replied at 28-3-2023 12:42 PM
i-Sinar?

Sinar di hujung terowong
Quote pokokmeranti 28-3-2023 01:06 PM
rakyat kena ikat perut tolong NK....duit dah xde. ehem..ehem
Quote ezacbee 28-3-2023 01:12 PM
Pemimpin gebu2..

Rakyat nak lari pun xboleh..
Quote ninja boy 28-3-2023 01:19 PM
Kesian rakyat berjuta2 x mampu guling sekor
Quote cmf_premierleag 28-3-2023 01:21 PM
Comel gak le anak dia ni utk stended muka asal ummah korean...dia masih ada baby fat kt muka tu sbb tu cam chubby jah
Quote Simunggu 28-3-2023 02:47 PM
akan ada revolusi rakyat ni...refomasi..reformasi
Quote Nizleen86 29-3-2023 12:38 AM
Edited by Nizleen86 at 29-3-2023 12:39 AM

Semoga rakyat NK bangkit cepat2..dh nk kiamat ni. iols nak tengok si gemuk ni kena guling dengan rakyat dia sendiri.
Quote sukacactus 29-3-2023 12:48 AM
cmf_premierleag replied at 28-3-2023 01:21 PM
Comel gak le anak dia ni utk stended muka asal ummah korean...dia masih ada baby fat kt muka tu sbb  ...

Bapaknya berbaby fat sampai ke tua kah3
Quote FOTHER-MUCKER 29-3-2023 01:34 AM
Anak tuhan mereka
Quote n3ar 29-3-2023 01:50 AM
Aku pelik apsal la tkde org tembak si malaun tu... Terang2 menyusahkan, menyiksa rakyat
Quote shamsadis 29-3-2023 08:09 AM
kesiannya, agaknya macam zaman2 raja2 dulu lah tu
Quote swateng1 29-3-2023 12:18 PM
rakyat ramai.gulingkan jaaa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048845 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top