View: 4934|Reply: 16
|
Rakyat Korea Utara Miskin Dan Kebuluran, Anak Kim Jong-Un Dikutuk Pakai Jaket Christian Dior RM8344
[Copy link]
|
|
Pyongyang: Anak perempuan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un dilihat memakai jaket jenama Christian Dior bernilai AS$1,900 (kira-kira RM8,344) ketika kemelut kemiskinan dan kebuluran melanda seluruh negara itu.
Kim Ju-ae yang diketahui anak kedua pemimpin Korea Utara berusia 10 tahun itu dilihat berdiri di belakang bapanya sambil tersenyum ketika menyaksikan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-17 awal bulan ini.
Portal The Telegraph melaporkan, imej itu dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea dan bukti terkini Ju-ae membayangi pergerakan bapanya.
Foto: Agensi
Profil Ju-ae menimbulkan spekulasi dia sedang dipersiapkan untuk menjadi generasi keempat keluarga Kim untuk mengambil alih pemerintahan satu-satunya negara komunis dinasti di dunia.
Media Korea Selatan menyatakan, jaket musim sejuk itu biasanya dijual pada harga AS$1,900.
Jong-un difahamkan mewarisi cita rasa mewah bapanya dalam aspek makanan, minuman dan pakaian.
Bekas Duta Korea Utara ke Kuwait, Ryu Hyun-woo yang berpaling tadah pada September 2019, memberitahu The Korea Times, keutamaan utama bagi diplomat yang ditempatkan di luar negara adalah mendapatkan barangan mewah untuk kepimpinan di Pyongyang.
Ia termasuk jam tangan IWC Portofino buatan Switzerland yang dilihat dipakai Jong-un pada 2020 ketika dia menangis pada ulang tahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja Korea yang menyeru rakyat Korea Utara menanggung kesusahan yang dihadapi negara.
Jam tangan yang dilihat pada pergelangan tangan pemimpin Korea Utara itu biasanya dijual dengan harga lebih 10,000 Euro (kira-kira RM47,539).
Perbelanjaan keluarga Jong-un bertepatan dengan laporan keadaan bekalan makanan di Korea Utara semakin meruncing dengan cepat.
Agensi bantuan antarabangsa berulang kali memberi amaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini, stok bahan makanan ruji semakin berkurangan, ribut dan banjir merosakkan tanaman, sekatan menyebabkan mustahil untuk mendapatkan baja kimia, bahan api dan alat ganti untuk peralatan pertanian dan sempadan China masih ditutup.
Ketika keadaan terdesak, tentera sempadan diberi arahan menembak untuk membunuh sesiapa yang cuba melarikan diri ke China dan peluru hidup diedarkan ke ladang koperasi untuk melindungi simpanan bijirin. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat NK pun dah mula rebel cakap2 blakang tak puas hati bila nampak anak Jong Un gemok gedempol pehtu suka berfesyen2 yang mana, kanak2/remaja NK dilarang sama sekali untuk bergaya hatta pakai lipstick pun takleh tanpa kebenaran pemerintah. Baru mereka sadar anak2 mereka punya la kasihan miskin hina berbanding anak si Jong Un ini. Mudah2an meka buat kudeta. Syaitan sangat keluarga ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga rakyat di sana mendapat sinar yang baharu |
|
|
|
|
|
|
|
i-Sinar?
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 28-3-2023 12:42 PM
i-Sinar?
Sinar di hujung terowong |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat kena ikat perut tolong NK....duit dah xde. ehem..ehem |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin gebu2..
Rakyat nak lari pun xboleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian rakyat berjuta2 x mampu guling sekor |
|
|
|
|
|
|
|
Comel gak le anak dia ni utk stended muka asal ummah korean...dia masih ada baby fat kt muka tu sbb tu cam chubby jah |
|
|
|
|
|
|
|
akan ada revolusi rakyat ni...refomasi..reformasi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nizleen86 at 29-3-2023 12:39 AM
Semoga rakyat NK bangkit cepat2..dh nk kiamat ni. iols nak tengok si gemuk ni kena guling dengan rakyat dia sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 28-3-2023 01:21 PM
Comel gak le anak dia ni utk stended muka asal ummah korean...dia masih ada baby fat kt muka tu sbb ...
Bapaknya berbaby fat sampai ke tua kah3 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelik apsal la tkde org tembak si malaun tu... Terang2 menyusahkan, menyiksa rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, agaknya macam zaman2 raja2 dulu lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat ramai.gulingkan jaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|