CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fadzil Zahari Terkejut 'Beruk' Farid Kamil Dan Dina Danielle Nak Bercerai "Tak Ada Bayangan, Semoga Mereka Dapat Kata Sepakat"

28-3-2023 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5003| Komen: 0

Adik Farid Kamil, Fadzil Zahari mengakui, berita pergolakan rumah tangga abangnya dengan pasangan yang juga pelakon, Diana Danielle adalah kejutan untuk mereka.

Fadzil berkata, dia dan keluarga sentiasa berdoa agar ada kata sepakat dan keputusan terbaik untuk Farid dan Diana.


"Kalau orang ramai pun terkejut, keluarga kami apatah lagi sebab tak ada apa-apa bayangan, tiba-tiba jadi begitu.

Foto: IG

"Nak tanya tuan badan pun, kita tak tahu keadaan dia bagaimana. Saya sampaikan kepada mama kalau contact Farid cakap kat dia supaya sabar dan tabah. Adik-adik memang sentiasa doakan dia. Insyaallah.

"Kalau ikutkan saya tak mahu komen. Tapi, apa yang saya boleh cakap, saya doakan mereka dapat kata sepakat terbaik," katanya.



Menurut Fadzil, keputusan yang dibuat perlu melihat pelbagai aspek termasuklah anak-anak.

"Tak boleh tengok kedua belah pihak sahaja, tapi, kena tengok (kesan kepada) anak-anak juga. Kena ambil kira semua aspek untuk keputusan terbaik," katanya.

Ditanya sama ada dia menghubungi Farid, Fadzil memberitahu, dia ada bertemu dengan abangnya dalam tempoh sebulan terakhir ini.



"Dalam sebulan terakhir ini, saya ada jumpa dia. Kebetulan mak dan abah ada di rumah. Jadi ajak dia lepak sekali.

"Perbualan pun, benda biasa, dan kebanyakan berkisar mengenai kerja dan filem dia. Kalau dia buka cerita, baru kita dengar. Kalau tak, kami pun tak tanya.

"Apa yang boleh kami buat, kami beri sokongan semangat kepada dia. Dia tulis kat media sosial, dia rindukan anak-anak semua. Saya sebagai adik, minta dia bersabar dan sebagainya," katanya.


Sementara itu, isteri Fadzil juga pelakon, Yana Samsudin berkata, mereka sebagai keluarga sentiasa menyalurkan kata-kata positif kepada abang iparnya.

"Bagi kami, kalau seseorang tu minta nasihat berkaitan hal rumah tangga, barulah kita bersuara. Kalau tidak, takkanlah kita nak cakap apa-apa.

"Sebagai keluarga, kami kena berikan kata-kata positif," katanya.



Esok, bakal berlangsung sesi sebutan bersama Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) antara Farid dan Diana selepas pelakon itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Farid mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.039935 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top