Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed berkongsi mengenai amalan membaca Bismillah yang boleh dilakukan untuk membuka pintu rezeki. Noor Kartini berkongsi pantang larang semasa mengamalkan bacaan berkenaan mengikut saranan seorang ulamak terkenal dari Thailand dikenali sebagai Baba Aziz.
"787 kali Bismillahi Rahmani Raheem. Selepas 40 hari kita akan nampak kesan dia, tak boleh tinggal. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. "Masa mama dapat ini, Baba Aziz kata satu Bismillah ini kalau diletak atas timbangan itu berat dia sama dengan isi bumi. Baca dia boleh pagi, petang dan kumpul sampai 787. Kalau baca berterusan 15 hingga 20 minit boleh siap. "Kenapa 787 sebab Allah suka ganjil sebab itu tambah satu. Ramai yang kongsi bila amalkan Bismillah ini banyak perubahan dalam hidup kita," katanya menerusi sebuah video yang tular di TikTok.
Dalam perkongsian itu juga, Kartini turut berkongsi beberapa testimoni individu berjaya mendapat rezeki di luar jangkaan setelah mengamalkan ayat tersebut. "Ada pengikut Baba Aziz kata dia amalkan, dari yang kerja biasa-biasa naik pangkat, duduk rumah biasa-biasa boleh duduk rumah semi-D. Banyaklah peningkatan dalam hidup dia. "Ikut kepada hajat kita, Allah akan bagi berkesesuaian apa yang kita perlu tapi apa sahaja amalam kita kena yakin, InsyaAllah kita akan dapat."
|
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 12:27 AM
Kenapa
Tade org komenn? Kenapaa kenapaa kenapaa? I ols nak baca komen2 pedas
Forumers plishhh hahah ...
Themilo replied at 28-3-2023 08:34 AM
sesungguhnya weols puasa dekkk..
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 08:27 AM
Kenapa
Tade org komenn? Kenapaa kenapaa kenapaa? I ols nak baca komen2 pedas
Forumers plishhh hahah ...
Buritan replied at 28-3-2023 08:36 AM
Org Tarak mo tmbh dose.. dose diri sendiri pun menggunung.. dose diri sendiri pun tak Tau bila b ...
Dzahin_poch replied at 28-3-2023 08:41 AM
Ahakkss
Ni je lah yg x memakis thread lain penuh sesaja kan hahahahah ok
Lah saje
kamexkame replied at 28-3-2023 08:44 AM
Pelik2 je ajaran.
Iols google baba aziz ni dah meninggal 2014
Buritan replied at 28-3-2023 08:46 AM
Wafat boleh letak pd org alim ke.. bkn ayat wafat khas utk nabi je kann .
AnnaSendin replied at 28-3-2023 08:39 AM
Baba Aziz? Nama persis nama belah² paki sajork. Ajaran² macam nieyh kalau tak indon, paki.
kamexkame replied at 28-3-2023 08:48 AM
Kat mana tulis wafat tu. I tak play pun video macik ni. Dalam tu ke dia sebut?
ADVERTISEMENT