CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 16 Jam Isteri Bertarung Nak Bersalin, Amar Asyraf Timang Anak Ketiga- Beri Nama Ammara Fateema

27-3-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15245| Komen: 28

Amar Asyraf, 37, selamat menimang cahaya mata ketiga seorang bayi perempuan dinamakan Ammara Fateema yang dilahirkan pada Sabtu lalu, di sebuah hospital dekat Klang.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin berkata isterinya Farhana Yusof terpaksa bertarung 16 jam di bilik bersalin namun bersyukur bayinya dalam keadaan sihat.


Foto: IG

"Alhamdulillah syukur dan teruja sangat. Segalanya dipermudahkan meskipun lama juga isteri saya ambil masa nak bersalin. Lebih 16 jam.

"Kami pun sudah siap memilih namanya awal-awal lagi walaupun agak ambil masa juga. Kami agak tradisional maka akhirnya memilih nama Fateema saja," katanya.



Dalam pada itu, Amar berkata mereka memang nanti-nantikan kehadiran orang baharu dan baru hari ini teruja berkongsi kepada ramai.

"Alhamdulillah, 'baby' dalam keadaan baik-baik. Lahir 2.8 kilogram dan kecil saja, normallah. Saya memang sedia berjaga malam sebab saya pun meniaga malam," katanya.

Terdahulu, pelakon drama Perempuan Itu terbabit berkongsi mengenai berita gembira kelahiran berkenaan di Instagram.



Dia mendoakan puterinya jadi anak soleh sambil berterima kasih kepada isterinya. Farhana juga sempat meninggalkan komen pada hantaran terbabit.

"Nangis tengok gambar ini. Terima kasih sayang teman saya dalam LR (bilik bersalin), dan korbankan tangan awak sekali," kata isterinya.

Walaupun tidak mendedahkan butiran perkahwinan, pasangan itu didakwa mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Amar memiliki dua cahaya mata iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian hasil perkahwinan terdahulunya bersama Arna Salleh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 27-3-2023 05:11 PM
Bkn ank ke4 ke
Quote jiwakacau06 27-3-2023 05:17 PM
ni bini no brpa farhana ni
Quote tomaz 27-3-2023 06:30 PM
Bini yg mano
Quote hareeeesah 27-3-2023 06:36 PM
Igt cerai semua bini…
Quote missyL 27-3-2023 07:49 PM
Bkn bini first nie
Quote codenamedream 27-3-2023 07:54 PM
Ni bukan bini first.
Tapi, dh cerai ke dengan bini first tu?

"hasil perkahwinan terdahulunya bersama Arna Salleh" - nuansa ayat ini seperti dah bercerai.

Quote primarikey 27-3-2023 07:58 PM
jiwakacau06 replied at 27-3-2023 05:17 PM
ni bini no brpa farhana ni


ni bini ke3 sis
Bini no.2 dh cerai..ada ank sorg kn...
kesian vivy...Bini pertama x tau masih stay ke tak
Quote darkness 27-3-2023 08:02 PM
Sayang muka boleh tahan tp hermm
Quote gold_teeth 27-3-2023 08:30 PM
La dlu kta sorry n bunyi insap bagai dengan bini 1st
Quote dudaberhias 27-3-2023 08:32 PM
who is yuhhhhhh...

btw tahniah walaupun kaka tak kenal... lagi2 tak herlok kan...
Quote sarukhan 27-3-2023 08:37 PM
primarikey replied at 27-3-2023 07:58 PM
ni bini ke3 sis
Bini no.2 dh cerai..ada ank sorg kn...
kesian vivy...Bini pertama x tau masih stay ...

Vivi ape cerita skarang.. kot dah kahwin baru ke..
Quote primarikey 27-3-2023 08:42 PM
sarukhan replied at 27-3-2023 08:37 PM
Vivi ape cerita skarang.. kot dah kahwin baru ke..

Ntah la...x tau cite sis...iols xde medsos
aritu pn tau dorg cerai kt forum ni la...ada yg tepek berita tu...
Quote adelea 27-3-2023 08:54 PM
Sian arna  , kena cerai..
arghh sedih laaa …
Quote 3chanceno 27-3-2023 09:31 PM
Apa kes mamat nie yg cam ada ramai bini je dari komen2 di atas?
Quote Carcosa 27-3-2023 11:18 PM
Dia ni yg crett sana sini kan??
Punnnn adaaaaa jgk perempuan nak lagi ke dia ek? Sampai beranak hah. Heiyuhhhh, tak paham betul.
Sama mcm Radadih OAG, Kucing Farish. Dah terbukti banyak "defect" pun, masih adaaa jugak birah2 yg nak kutip jadi laki
Quote doridori_hi 28-3-2023 12:12 AM
Pernah kecoh dulu heshe berbini ramai, last2 bini pertama kutip jugak laki dia nih
Quote anony-mous 28-3-2023 03:08 AM
Perangai mcm ni xpayah kahwin kot? Cret je la dgn sapa2. Pompuan skrg senang je bawa ke katil. I bkn apa, kesian ank2 dia. Yg bini no 2 tu haish
Quote asfaz 28-3-2023 07:23 AM
codenamedream replied at 27-3-2023 07:54 PM
Ni bukan bini first.
Tapi, dh cerai ke dengan bini first tu?


Ai pernah terbaca ,katanya ahli keluarga. Dah diceraikan jugak 1st tu. Ni masa kecoh dia kawin baru ni. Tak la betul ke idokk
Quote cikdonat8 28-3-2023 07:54 AM
la aku ingat dia stay dengan bini pertama.
tibeh ade bini ketiga.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062566 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top