CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamba Lepak Makan Minum, Ada 80 Port Ponteng Puasa Dikesan Di Kedah

27-3-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2956| Komen: 3

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) mengenal pasti sebanyak 80 lokasi panas yang menjadi kegemaran kaki ponteng puasa di seluruh Kedah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Datuk Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim, pihaknya sudah menggerakkan penguat kuasa untuk melakukan rondaan dan pemantauan di lokasi-lokasi terbabit bermula semalam.


“Kita mengadakan operasi pada setiap hari bermula hari ini (semalam) di Kota Setar. Operasi ini diadakan secara bersepadu bersama polis serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.

“Selain itu, kita juga akan membuat serbuan di lokasi tertentu sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Gambar Hiasan

Menurut beliau, antara 80 lokasi panas yang menjadi pilihan kaki ponteng puasa di ne­geri ini termasuk di restoran dan gerai makan.


“Berdasarkan pemerhatian pada tahun-tahun sebelum ini, kaki ponteng terbabit bukan sahaja terdiri daripada golongan muda, tetapi ramai juga kelompok warga emas berusia 60 tahun ke atas.

“Sewaktu pandemik Co­vid-19, mungkin tidak banyak kes (ponteng puasa) direkodkan kerana kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi sekarang kita percaya ramai yang akan berbuat demikian.

“Kita akan memantau golo­ngan tersebut agar tidak terus mencemarkan kesucian pada bulan Ramadan, ” katanya.

Beliau menambah, tindakan ke atas kaki ponteng puasa dikuatkuasakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014.

“Apabila ditangkap, mereka akan menerima notis untuk ke mahkamah. Apabila disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau dipenjara maksimum enam bulan.

“Bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara setahun atau ke­dua-duanya.

“Selain itu, penguat kuasa JHEAIK juga akan memberi kaunseling dan nasihat kepada kaki ponteng yang ditahan,” katanya.

Operasi itu juga akan membolehkan penjual diambil tindakan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan PBT termasuk jika menjual makanan sebelum pukul 3 petang. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Rohana 27-3-2023 11:23 AM
Serambi mekah 2…
Quote uori 27-3-2023 11:25 AM
bab2 ni semedang laju, yang lainnya?
Quote rosedemon 27-3-2023 01:59 PM
List kan lah sng nak pegi kihkih

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.056046 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top