SEGAMAT – Diumpamakan sebagai rumah berhantu kerana terlalu lama dibiarkan kosong hingga mengundang pelbagai kejadian seram, penduduk di pekan Labis menggesa pihak berkuasa supaya berbuat sesuatu ke atas enam blok kuarters guru yang terbiar.
Pengadu dikenali sebagai Rahman, 55, berkata, blok bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Labis yang mempunyai 48 pintu itu dibina bagi menempatkan guru yang mengajar di pekan Labis di sini, namun ia tidak pernah diduduki sebaik ia siap pada 2008. Katanya, penduduk tertanya-tanya mengapa banyak kuarters dibina di situ sedangkan kebanyakan guru SK Labis sudah mempunyai kediaman sendiri berhampiran sekolah. “Kuarters itu menyeramkan pada waktu malam kerana kedudukannya berhadapan dengan Tanah Perkuburan Islam Labis. “Pernah terjadi ketika saya dan rakan lalu di depan kuarters saya nampak seperti ada orang berdiri di tingkap salah sebuah bangunan itu dan apabila diamati betul-betul kedengaran suara seperti wanita menangis,” katanya kepada Kosmo!.
Menurut Rahman, apabila teringatkan bangunan itu tiada penghuni, mereka pantas meninggalkan kawasan itu dan tidak lagi berani untuk mendekati perumahan tersebut terutama pada waktu malam. Sementara itu, Rosli Mohamad, 41, berkata, satu resolusi terbaik perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membolehkan pembangunan bernilai jutaan ringgit itu tidak disia-siakan. Ujarnya, jika tiada jalan penyelesaian adalah lebih baik bangunan itu diserahkan kepada kerajaan untuk ditukar fungsinya agar dapat dimanfaatkan penduduk setempat daripada terbiar dan rosak tanpa sebarang faedah pembinaannya. “Bangunan ini juga sepatutnya dikawal selia dengan baik agak tidak menjadi macam rumah berhantu seperti yang ada sekarang, malah juga boleh dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa bencana pada masa akan datang,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Kurex replied at 27-3-2023 10:46 AM
Ni masuk benang mps
momoruru replied at 27-3-2023 11:01 AM
Macam Kuarters Guru sebelah SK Pandan, Kuantan juga dah berbelas tahun takde Cikgu duduk. Lepas kes ...
kerunai replied at 27-3-2023 11:03 AM
gila lah cikgu bunuh bidan... rare
kerunai replied at 27-3-2023 11:03 AM
gila lah cikgu bunuh bidan... rare
momoruru replied at 27-3-2023 11:01 AM
Macam Kuarters Guru sebelah SK Pandan, Kuantan juga dah berbelas tahun takde Cikgu duduk. Lepas kes ...
momoruru replied at 27-3-2023 11:11 AM
Zaman sekarang takde apa yang rare. Cikgu tu pun dah dapat hukuman dia 18 tahun penjara.
supernaturalee replied at 27-3-2023 11:17 AM
iras fasha sandha la cikgu tu
momoruru replied at 27-3-2023 11:25 AM
Comel kan cikgu tu... Motif kalau tak salah sebab dia nak rembat barang kemas arwah bidan tu
momoruru replied at 27-3-2023 11:25 AM
Comel kan cikgu tu... Motif kalau tak salah sebab dia nak rembat barang kemas arwah bidan tu
ADVERTISEMENT