CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelak Kuat-Kuat, Ada Yang Tak Puas Hati Pekerja Gomen Bergelak Ketawa Masa Waktu Bekerja

27-3-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4681| Komen: 23

Luahan pembaca dipetik dari Kosmo

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin berkongsikan pengalaman buruk saya semasa berurusan dengan sebuah unit di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya atas urusan rasmi.


Sebaik pintu utama dibuka, saya telah mendengar gelak hilai tawa kakitangannya, yang majoritinya kelihatan seperti golongan belia berusia 20 hingga 30-an.

Saya berpendapat ini adalah tidak patut kerana kakitangan kerajaan sepatutnya bersikap lebih serius dalam urusan seharian mereka di pejabat, bukannya bergelak ketawa secara kuat. Saya boleh menerima jika ia berlaku pada waktu rehat atau di luar waktu pejabat.

Seterusnya saya menjalankan urusan rasmi saya, akan tetapi saya tidak menerima layanan yang sepatutnya. Kurangnya komunikasi kemanusiaan apabila kakitangan mengajukan soalan berbentuk teori yang saya fikir ia dirujuk kepada sumber teks.


Gambar Hiasan:Wikipedia


Pada pendapat saya, jika kakitangan hanya berpandukan teori semata-mata, sukar untuk kerajaan mencapai objektif penubuhan agensi tersebut kerana mereka tidak mengambil kira faktor realiti semasa.

Setelah urusan saya selesai, saya duduk sebentar di ruangan tetamu menunggu untuk menjawab panggilan telefon.

Setelah beberapa ketika, datang seorang kakitangan wanita di dalam lingkungan umur lewat 20-an dan dia menghalau saya secara sangat tidak sopan.

Pada hemat saya, bangunan tersebut tidak dinyatakan kawasan larangan yang memerlukan pelawat segera beredar selepas urusan selesai.

Sekiranya ya, tidak salah bagi kakitangan untuk memberitahu secara berhemah, bersopan santun dan bukannya menghalau saya seperti gelandangan.

Saya berharap agar pengurusan atasan mengambil positif teguran saya ini kerana layanan dan kualiti perkhidmatan mereka seharusnya selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia Madani. 

RAKYAT KECEWA
Taman Sutera, Kajang

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 27-3-2023 10:39 AM
Sedihnya jadi pekerja gomen,nak ketawa kuat2 pun tak boleh
Quote stingertaikjubo 27-3-2023 10:40 AM
Bersembang-sembang.. terkedek-kedek.. beza dgn private sector… especially bank.

Kahkahkahkah
Quote SWORKS27 27-3-2023 10:53 AM
apa masalah kalau nak ketawa pun..aduh laaaa
rakyat kecewa ni buat urusan apa bende teori2 Bagai..
agaknya org malas nak layan kau kot dtg kaunter cari masalah dgn soalan pelik2....
mungkin jenih yg nak cari salah org2 gomen sebab asik dapat bantuan rm 700 tu je
Quote nellyberry 27-3-2023 10:57 AM
Dah tiba masa pekerja gomen diganti dgn robot or AI.
Baru efisyen, takde gelak-gelak, takde biadap-biadap.
Semua ikut skrip.
Quote juboqhang 27-3-2023 11:01 AM
Kaunter immigration kaaa??

Quote Kak-Rohana 27-3-2023 11:30 AM
Bukan semua org ada anugerah skills handle customers.. letak pulak acik2 gundu millennials gunduh baru gadoh dgn laki… customers lah jd mangsa.
Quote belilies 27-3-2023 11:33 AM
Benda ni jadi kat mana pun tak beritahu
Quote prettyuglybabe 27-3-2023 11:51 AM
kadang i pelik dengan peel orang kita ni..
asalkan kerja gomen, kena sentiasa serius, tak boleh cuti tak boleh itu tak boleh ini..
nanti mula la keluar ayat pegawai asyik cuti asyik kursus bla bla bla..
kau kerja boleh pulak cuti nak buat urusan..
abis orang gomen tak boleh cuti ke? tak boleh ada urusan?
kau pergi bank, telco, pejabat pos segala tu, ada ke pernah kau jumpa semua kaunter buka?
jenis kau buat tak apa, orang buat kau menyalak..
Quote shernazz 27-3-2023 11:52 AM
Dah TU..takkan nak kena gi kopitiam.kat cheras TU?
Kedai kopi gelak kuat kuat
Quote Simunggu 27-3-2023 11:53 AM
ketawa pun jadi hal?? nak dengar org menangis??

produktivity lebih baik kalau org happy..
Quote shernazz 27-3-2023 11:54 AM
141139mf45e504pj1j09g2.jpg
Quote TomyamPuteh 27-3-2023 01:02 PM
Kalau gitu pekerja swasta boleh gelak mengekek ngekek la ye.
Quote Highflyer19 27-3-2023 01:14 PM
Mungkin dia ingat dia kat library...part dia kna halau tu mungkin dia sendiri yg terpekik terlolong msa jwb talipon...
Quote mojarean_X 27-3-2023 01:37 PM
Terpalingnya acik ni. Ni mesti jenis dia je betul lps tu bila jawapan x ikut apa dia nak, mula lah dia cari salah benda yg x de kaitan
Quote umbut 27-3-2023 01:46 PM
Maybe jenis ketawa kuat2 ala2 bbnu rempit pastu sembang membawang macam kat  pasar walhal ko tgh nak layan org. ada customer ketawa membawang pelan2 ler..
Quote rosedemon 27-3-2023 01:58 PM
Pak sume org gomen
Quote sangbara2020 27-3-2023 02:12 PM
kang nangis mendayu2 kau ckp kaunter tu berhantu puaka lak...

klu senyap je kau ckp mcm tanah perkuburan lak...
Quote intan244 27-3-2023 06:39 PM
setuju sgt. mcm kerja main2x je. xde etika, xrespek.
Quote che-cikL 27-3-2023 07:56 PM
Yg iols perasan suka gelak kuat2 bergurau sesame sendiri budak2 kastam kat airport, terutama yg perempuan. Macam tak ingat yg diorang tgh duty.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064681 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top