CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Luah Rasa Rindu

26-3-2023 11:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12685| Komen: 12|Original author: Tatod


Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.

Pemilik nama sebenar, Farid Kamil Zahari menyatakan isi hatinya itu menerusi hantaran video pendek di Instagram.

Rakaman tersebut memaparkan detik manisnya bersama keluarga ketika menunaikan umrah baru-baru ini.


"Rindunya pada mereka Ya Allah... Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau di bahagian komen, rata-rata ramai yang mendoakan agar kemelut rumah tangga Farid dan Diana Danielle dapat diselesaikan dengan baik.

Ada jug antara pengikut yang mendoakan agar segala dugaan dan urusan pasangan itu dipermudahkan.

Untuk rekod, keretakan rumah tangga pasangan pelakon ini timbul selepas Diana dilaporkan membuat permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana menjalani proses Jawatankuasa Pendamai - CARI



Sumber: GEMPAK



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 27-3-2023 06:28 AM
Kalau btl sbb brbalah je mgkin perpisahan smentara ni boleh merapatkan semula hbgn..kdg2 kita kne bjauhan utk calm down…tp kalo sbb kacip ko tgung jela rndu tu smp mmpos..huhuhu
Quote noor2 27-3-2023 07:20 AM
Semua nk mengadu kat wartawan...wartawan ni mmg  suka jd batu api.....kan dah tersiar kat medsoc...mcm bini tu jahat sgt x bg jumpa anak....selesaikan sendiri senyap2 x boleh ke parid
Quote HappyGumbira 27-3-2023 07:26 AM
semua la masing2 nk bermedsos urus hal peribadi. belum hbs bln 3 pun mcm2 isu retis
Quote sangbara2020 27-3-2023 07:44 AM
semua nk burukkan bini...choii sgt
Quote bulalof 27-3-2023 07:52 AM
semua nak kabor kat public. kunun bila dpt sokongan public tu, rasa diri dah betul sangatlah.
Quote printercomel 27-3-2023 08:14 AM
rilek..kacip dulu seround
Quote Hoola 27-3-2023 08:42 AM
hmmmmmm
la ni hal mslh kluarga semua dh jd tatapan ummah seantaro donia
sendiri up
diam2 settle dlm keluarga sudah la
habis semua hal kami tau
netijem pum ada masalah juga
achik pun bceri juga tp kita tiam2 je nk infom pun pd kwn sedara yg kita percaya
buh mediasosial lg menmbh masalah, tekanan dan menambah malu
Quote syamzana 27-3-2023 08:48 AM
depa ni tak malu ke bergaduh bergasak perihal fmly tepek di medsoc pastu smpai mampuih org blh godak lagi. nati2 anak dah besar blh tgk peel huduh makpak dia, sedara mara lg baca tak rasa segan ke???
tambah plak habis bergasak ujung2 ko berbaik mcm nothing happen tnjuk loving fmly
padahal mcm nak pecah medsoc berkajang taip itu ini masa bergaduh. adeiii blk raya sedara mara pun soksek2, mana letak muka blake derang ni
Quote penjarasgbuloh 27-3-2023 09:05 AM
bior la dia nak luah rasa rindu....kita doa yang baik2 je. Semoga Farid dan DD dipermudahkan semua urusan dan apa2 pun jadi pasti ada sebabnya. Semoga Farid jadi orang yang baik, suami yang baik dan ayah yang baik untuk anak2nya. Umur pun dah meningkat, bukan zaman remaja lagi. Same goes to DD.
Quote myakayina 27-3-2023 09:07 AM
klu kes selain kacip rasanya masih boleh diselamatkan..tapi klu sbb mendadih tu payah dah nak accept bila terlalu lama mkn hati dan berkorban utk family.. ada setengah isteri boleh tahan berlakikan taik dadah..ada jgk yg tak mampu bertahan..penerimaan masing2 tak sama..semoga ada jln selesai utk dorg..
Quote Begbiru 27-3-2023 09:08 AM
rasanya retis2 kita ni ingat drama dlm hidup diaorg tu sama mcm drama dlm tv kot. sbb tu kena buat update mcm promo.. nak kekal relevant kot....

Quote Suchi 27-3-2023 10:11 AM
Tanak dah ke post status pelik mcm sebelum ni tuh?

Walaupun pelik tapi sis terhibur yaaaa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.189771 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top