Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Pemilik nama sebenar, Farid Kamil Zahari menyatakan isi hatinya itu menerusi hantaran video pendek di Instagram.
Rakaman tersebut memaparkan detik manisnya bersama keluarga ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
"Rindunya pada mereka Ya Allah... Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu," tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau di bahagian komen, rata-rata ramai yang mendoakan agar kemelut rumah tangga Farid dan Diana Danielle dapat diselesaikan dengan baik.
Ada jug antara pengikut yang mendoakan agar segala dugaan dan urusan pasangan itu dipermudahkan.
Untuk rekod, keretakan rumah tangga pasangan pelakon ini timbul selepas Diana dilaporkan membuat permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana menjalani proses Jawatankuasa Pendamai - CARI
Sumber: GEMPAK
|