CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada keperluan ambil penggunting rambut warga asing

26-3-2023 03:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 270| Komen: 4|Original author: Tatod

Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) tetap dengan pendirian supaya tiada keperluan untuk kerajaan melanjutkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk penggunting rambut warga asing kerana kepakaran rakyat tempatan sudah setanding dan mencukupi untuk menampung perkhidmatan itu di negara ini.

Presidennya TN Winda Mohd Tahir berkata, kepakaran itu kini dimonopoli kebanyakan golongan belia daripada beberapa pusat kemahiran antaranya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Giatmara dan pusat akademi diiktiraf kerajaan yang berjaya melahirkan tukang gunting profesional setiap tahun.

Gambar hiasan.


"Sudah lama kami perjuangkan isu ini, tiada keperluan lagi untuk kita mengambil penggunting warga asing berada di Malaysia.

"Kerajaan perlu mengambil kira kepakaran warga belia yang menceburi perkhidmatan ini secara sepenuh masa.

"Saya memberi jaminan kemahiran tukang gunting Bumiputera, India dan Cina cukup untuk menampung keperluan menggunting rambut orang Malaysia," katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai arahan dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung perkhidmatan pekerja asing menggunakan PLKS di ketiga-tiga sektor termasuk kedai gunting rambut ditamatkan secara berperingkat.

Menurut Pekeliling JIM bertarikh 28 Februari lalu, majikan subsektor kedai tekstil, kedai gunting dan kedai emas tidak lagi dibenarkan memperbaharui permit PLKS untuk pekerja mereka berkuat kuasa 15 Mac, namun surat pekeliling itu tidak memperincikan sebab di sebalik penamatan itu.

Bagaimanapun, beberapa pengusaha perniagaan sektor itu meminta supaya kerajaan menarik balik arahan itu yang dikatakan memberi impak kepada kelangsungan perniagaan mereka.

Winda berkata, ketika ini industri gunting rambut banyak dimonopoli pengusaha warga India yang mungkin memerlukan khidmat tukang gunting dari Tamil Nadu, India.

Sumber Harian Metro

"Tetapi secara adil, ingin saya tegaskan di sini, kemahiran tukang gunting kita sudah setaraf dengan warga asing kerana ada antara mereka yang mengikuti kursus dan program khas untuk memantapkan kemahiran diri.

"Tidak adil sekiranya orang kita tidak diberi peluang berkhidmat di tanah air sendiri," katanya.

Menurutnya, beliau melalui MBBA sudah lama memperjuangkan isu berkenaan supaya khidmat penggunting warga asing tidak lagi memonopoli sektor itu.

"Perjuangan kami ini sudah lama, sebelum Covid-19 melanda dunia lagi.

"Saya pernah berbincang dengan agensi kerajaan untuk memberi peluang kepada belia dan rakyat Malaysia memantapkan kemahiran diri serta meningkatkan ekonomi dengan tidak perlu bersaing dengan warga asing," katanya.

Difahamkan, dianggarkan sektor itu memerlukan 5,000 pekerja asing bagi memastikan kelancarannya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sameer08 3-11-2024 11:38 AM
love problem solution specialist baba ji +91-9988587883 inDelhi Noida Mumbai Pune Nashik Nagpur Kolhapur Solapur Thane Bhiwandi ChennaiKochi Hyderabad
Vashikaran By Photo Mantra Vashikaran Specialist Aghori Babaji Tantrik Baba Baba Contact Number: +91-9988587883
My boyfriend has broken up with me. How can Kala jaduspecialist molvi help me to bring him back +91-9988587883 Also, each Kala Jadumantra in Hindi involved in the procedure cannot be stopped once spelled. So,make sure that you are under  ...
Quote beautifulorchid 27-3-2023 08:51 AM
melambak kursus gunting rambut .. student nak kerje ape kalau semua kene tarah dgn warga asing.. patut pun kene band
Quote OyenLemas 26-3-2023 10:17 PM
harga buruh local mahal ma
Quote buapakperut 26-3-2023 06:14 PM
Barber local takleh buat style rambut shamsul ghaughau tahun 90an

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061402 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top