Seorang eorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jalan Kampung Fajar, Ampang di sini, akhir Disember lalu.
Suspek berusia 32 tahun dan bekerja sebagai penjual akhbar ditahan di tepi Jalan Air Jernih, Setapak di sini, kira-kira jam 5.20 petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian amang seksual ke atas mangsa didakwa berlaku pada akhir Disember lalu dan mangsa hanya tampil membuat laporan polis, baru-baru ini.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|