Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob, berkata penganggur berumur 25 tahun itu ditahan pada jam 10.30 pagi selepas anggota polis mengesan lelaki berkenaan yang dilihat mencurigakan, semasa membuat rondaan Op Tapis. Beliau berkata anggota polis itu kemudiannya memperkenalkan diri dan mengarahkan suspek berhenti di bahu jalan, namun dia terus memecut laju kenderaannya.
Katanya selepas ditahan, pemeriksaan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta itu membawa kepada penemuan 56 bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum seberat 560kg yang bernilai kira-kira RM5,680, serta 1,000 milliliter (ml) air ketum dan 100ml ubat batuk.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|