Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman, 14, yang juga pengasas produk makanan dikenali sebagai BebyCurve hadir untuk menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah pada Khamis lalu. Putri Mumtaz berkata, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|