CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicerai sebab tak jemput abang ipar buka puasa

26-3-2023 02:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 535| Komen: 2|Original author: Tatod

Seorang warga Mesir menceraikan isterinya selepas wanita itu enggan menjemput abang iparnya berbuka puasa bersama pada hari pertama Ramadan.

Wanita itu berkongsi kisahnya di Tahia Masr dengan mendakwa suami tidak menjaga privasi di rumah mereka, selain pengaruh negatif abang iparnya itu sebagai punca perpisahan mereka.

Gulf News melaporkan, pasangan itu mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki serta dua anak perempuan.

Wanita yang nama tidak didedahkan itu bimbang suaminya terpengaruh dengan sikap abangnya yang sering berkahwin dan bercerai, serta akan melakukan perkara sama.

Dia juga mendakwa suaminya itu berkongsi kehidupan rumah tangga mereka kepada abangnya, termasuk hal kewangan keluarga, membuatkan dia berasa seperti tiada kerahsiaan.

Gambar hiasan.

Lebih mengecewakan apabila suami tidak berupaya membuat keputusan sendiri tanpa bantuan abangnya.

Ketegangan memuncak apabila suami berkeras mahu abangnya bersama isteri baharu menyertai mereka berbuka puasa pada hari pertama Ramadan.

Bosan dengan kehadiran abang iparnya yang berterusan, dia meminta untuk mereka menghabiskan masa bersama anak-anak namun suaminya tidak bersetuju, malah memaksanya untuk mengajak lelaki itu.

Dia bagaimanapun ingkar dengan arahan suaminya menyebabkan lelaki itu memintanya keluar rumah dan pulang ke rumah keluarga serta memberitahu mahu menceraikannya.

Tiga minggu kemudian, wanita itu menerima surat cerai yang mendorong kes terbabit dibawa ke mahkamah keluarga bagi dia mendapatkan hak selayaknya termasuk hak penjagaan anak.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 26-3-2023 10:39 PM
jodoh sampai situ
Quote orangbiasaje 26-3-2023 02:28 PM
Ingatkan baru tahun pertama kahwin, rupanya dah 7 tahun. Payah gini. Xpe la sis, drpd ganting tak bertali, drpd nanti didikan ikut telunjuk abg ipar tu turun ke anak.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.079095 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top