CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga maut sebab ubat titis mata tercemar

26-3-2023 02:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 315| Komen: 1|Original author: Tatod

Tiga  individu maut, manakala empat lagi perlu dikeluarkan bebola mata mereka akibat ubat titis mata yang tercemar di Amerika Syarikat (AS).

Ubat titis mata yang didapati dari farmasi yang dikeluarkan oleh EzriCare dan Delsam Phama dikatakan menyebabkan jangkitan kepada sekurang-kurangnya 68 orang di 16 negeri, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Selasa.

Metro melaporkan, jumlah itu direkodkan setakat 14 Mac lalu.


Menurut CDC, tiga individu meninggal dunia, manakala lapan lagi hilang penglihatan, empat laporan enukleasi (pembedahan buang bebola mata) dan 37 pesakit dirawat di empat pusat kesihatan.

Gambar hiasan.

Menurutnya, majoriti pesakit dilaporkan menggunakan ubat titis mata itu sehingga menyebabkan dijangkiti pseudomonas aeruginosa, jangkitan yang tidak pernah dilaporkan di AS sebelum ini.

Gejala jangkitan mata termasuk kemerahan pada mata atau kelopak mata, dan cecair kuning, hijau atau jelas dari mata.

Pesakit juga boleh mengalami sakit mata atau ketidakselesaan, merasakan ada sesuatu di dalam mata, penglihatan kabur dan peningkatan kepekaan terhadap cahaya.

Pegawai kesihatan sedang menguji botol EzriCare Artificial Tears yang belum dibuka untuk menentukan sama ada pencemaran berlaku semasa fasa pembuatan.

Pesakit dan pembekal dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan ubat titis mata itu sehingga CDC mengeluarkan maklumat dan panduan lanjut.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Carcosa 26-3-2023 09:14 PM
Weh seramnya wehhhh...
Dahla aku mmg suka pakai eye drop. Harus di reduce lepas ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038260 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top