Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu
anak sulungnya iaitu Humairah perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital
Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis selepas mula menunjukkan beberapa perubahan pada
diri.
Kata Shuhada, 29, konflik rumah tangga yang berlaku antara
dia dan Hafidz sebelum ini memberi kesan kepada kanak-kanak berusia enam tahun
itu yang sudah mula mengetahui cerita sebenar.
“Sebelum ini Humairah seorang yang ceria dan yakin diri.
Namun disebabkan apa yang berlaku dia mula berubah. Saya boleh lihat dari
matanya ada perasaan sedih.
“Saya mula sedar perubahan ini sebelum Hafidz lafaz cerai
lagi sebab Humairah tahu bapanya ada orang lain. Walaupun masih kecil dia
banyak mempersoalkan apa yang berlaku antara kami.
“Kemudian saya lihat keadaannya semakin serius di mana dia
mula mahukan perhatian lebih seperti bayi sedangkan Humairah anak sulung. Dari
situ saya mula bawa dia untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar
pada Ahad.
Sebelum itu, Shuhada turut berkongsi perkara tersebut di
laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Shuhada memberitahu doktor menasihatinya
supaya tidak terlalu bercerita mengenai kemelut rumah tangga dengan anak-anak
dan menggalakkan membawa mereka melakukan aktiviti digemari.
“Selepas apa yang berlalu setiap malam saya akan minta maaf
kepada anak-anak. Beritahu mereka bahawa Allah Maha Baik untuk ujian ini.
“Doktor juga minta saya lakukan perkara yang membuat
anak-anak gembira. Kalau boleh elakkan bercakap tentang apa yang berlaku
walaupun dia tahu,” ujarnya.
Mengulas perbicaraan mahkamah mengenai kes perceraian yang
masih berlarutan, Shuhada meletakkan harapan agar semuanya segera berakhir dan
dipermudahkan urusan berkenaan.
“Saya kena kuat hadapi semua ini. Mungkin ada nikmat besar
yang Allah nak berikan di sebalik semua ujian.
“Semoga perbicaraan mahkamah akan segera selesai supaya saya
boleh teruskan hidup,” jelasnya.
Shuhada ketika di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam,
Selangor pada Selasa lalu, mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai
sebanyak dua kali sebelum ini.
Katanya Hafidz pernah melafazkan talak menerusi mesej
pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari
2023 dan 22 Februari 2023.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada
30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan
Umar, 2 tahun.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Betul la cakap doktor tu terpaksa tahan jgn ckp buruk pasal bapa dorang di usia yg baru nak develop sifat diri. Makpak gaduh pun jgn libatkan anak, belakang anak ko maki la jantan tu
Di usia ank ank yg masih kecil ni..jgn lah diceritakan kisah2 sedih atau hasut anak hal2 yg buruk..one day mesti anak ko akan ada trauma..anxiety..sbb mereka di usia yg mudah absorbed everything.
Ker nk mintak simpati ni.