Kejar lebih dua jam dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan. Itu taktik licik yang dilakukan nelayan asing Vietnam sebelum 31 kru membabitkan empat buat bot ditahan menerusi dua serbuan berasingan.
Serbuan yang membawa kepada rampasan bernilai RM4.2 juta itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan pada Isnin dan Rabu lalu menerusi Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai. Pengarah APMM Kelantan, Kepten Syed Nor Adli Syed Ab Rahman, berkata serbuan pertama dilakukan Isnin lalu ketika bot ronda yang melakukan rondaan mendapati dua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam dikesan jam 3.45 petang Isnin lalu.
Katanya, pihaknya menahan kedua-dua bot berkenaan dan mendapati bot pertama dikendalikan lima kru termasuk tekong, manakala bot kedua dikendalikan dua kru termasuk tekong.  Sumber Harian Metro "Kedua-dua bot ditahan pada jarak 64 batu nautika dari Muara Tok Bali dan kita mengambil masa 16 jam untuk mengiringi ke Jeti Maritim bagi siasatan lanjut," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata, dua lagi bot ditahan oleh KM Jujur pada Rabu lalu hasil maklumat yang disalurkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi pesawat yang melaksanakan rondaan. "Bot pertama ditahan 8.45 pagi membabitkan enam kru termasuk tekong warga Vietnam, manakala bot kedua ditahan jam 10.57 pagi membabitkan 18 kru termasuk tekong. "KM Jujur mengambil masa lebih dua jam untuk menahan kedua-dua bot sebelum mengambil masa lebih 48 jam untuk tiba di Jeti Maritim," katanya. Beliau berkata, bot pertama ditahan pada jarak lebih kurang 180 batu nautika dari Muara Tok Bali manakala bot kedua ditahan pada jarak 170 batu nautika dari muara yang sama. "Ketika penahanan, keempat-empat bot berkenaan tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan sebelum berjaya ditahan. "Pemeriksaan mendapati, kesemua 31 kru termasuk tekong warga Vietnam daripada empat bot yang ditahan berusia 14 hingga 64 tahun. Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. "Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, penahanan 31 kru berkenaan membawa kepada rampasan empat bot termasuk peralatan navigasi, peralatan menangkap ikan, ikan lebih kurang 1,000 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4.2 juta. "Berdasarkan jumlah bekalan ikan yang agak sedikit, kita percaya modus operandi mereka berubah iaitu sentiasa menghantar bekalan ikan kepada bot utama sebaik mendapat bekalan. "Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran," katanya. Sumber: HARIAN METRO
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|