CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taman mainan dalam masjid ketika ibu bapa beribadah

26-3-2023 12:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 265| Komen: 2|Original author: Tatod

Sejak awal penubuhan, pihak pengurusan Masjid An-Nur Temasya Glenmarie yang terletak di Persimpangan Kerjaya dan Jalan Usahawan U1/8 Seksyen U1, di sini sudah memikirkan idea agar dapat menjadikan rumah Allah itu mesra kanak-kanak.


Inisiasif menjadikan masjid itu 'masjid mesra kanak-kanak' dengan mewujudkan 'taman permainan' berjaya direalisasikan pada tahun kedua masjid berkenaan beroperasi selepas dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jun 2017, enam tahun lalu.

Menurut Pembantu Pengurus Masjid An-Nur Temasya Glenmarie, Ahmad Puzi Shamsuri, pihak pengurusan masjid ketika itu mencetuskan idea bagaimana menjadikan masjid itu sebagai pilihan keluarga terutamanya di bulan Ramadan.



"Taman permainan ini kami tempatkan di ruang legar masjid yang tidak mengganggu jemaah untuk menunaikan solat, malah awal-awal dahulu kami sediakan dua tenaga petugas selaku pengajar, dengan buku-buku seolah-olah seperti kelas tadika.

"Bagaimanapun apabila negara dilanda pandemik COVID-19 pada 2020, tiada taman permainan ini. Tetapi sekarang masjid sudah dibuka seperti biasa, kita kembalikan taman permainan ini untuk kanak-kanak bermain.

"Dengan wujudnya taman permainan ini, kanak-kanak lebih tertumpu di tempat bermain itu berbanding di ruang solat tambahan pula ada ibu atau penjaga yang menjaga anak-anak mereka di samping membantu mengawasi anak-anak jemaah lain yang sedang solat," katanya ketika ditemui di masjid berkenaan semalam.

Tinjauan mendapati, selain peralatan mainan berwarna-warni menarik perhatian kanak-kanak, ia juga selamat dan mesra kanak-kanak, malah terdapat 10 peralatan mainan disediakan termasuk gelongsor.

Ahmad Puzi mengakui mewujudkan taman permainan dalam masjid memberikan kelebihan yang tersendiri selain memberikan kebebasan kepada anak-anak yang fitrah mahukan permainan dan kegembiraan.

"Apa yang saya nampak, apabila adanya taman permainan kanak-kanak ini ..ia sedikit sebanyak dapat memberikan kebebasan kepada anak-anak..sebab kita faham, fitrah anak-anak mereka suka bermain dan suka kepada permainan," katanya.


Sumber: BH ONLINE

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote swimswim 26-3-2023 07:24 PM
Bagusnya.. Itu la gunanya duit sedekah derma masjid.
Quote orangbiasaje 26-3-2023 02:31 PM
Bagus la tu. Biasakan mereka melawat masjid. Kalau kecik2 selalu dihalang datang, lama2 takkan lawat la gitu. Masjid asing bagi diorang.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052361 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top