CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng 'ayat manis' tumpas

26-3-2023 12:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 351| Komen: 0|Original author: Tatod

Tiga individu yang sering menjerat mangsa menggunakan 'ayat manis' ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Genting Highlands, di sini, kelmarin.

Serbuan pada jam 12 tengah hari itu berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 32 hingga 37 tahun dipercayai terbabit dengan kegiatan 'Love Scam'.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menyerbu lokasi terbabit hasil risikan yang dijalankan.


Sumber Harian Metro

"Pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati mereka terbabit dengan aktiviti penipuan 'love scam' serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. 

"Serbuan berjaya merampas tiga komputer riba, tujuh telefon pintar yang dipercayai digunakan untuk menjerat mangsa dan kelengkapan Internet," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sindiket ini dikesan aktif di laman sosial seperti facebook, telegram dan aplikasi perhubungan yang lain.

"Justeru, orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan trend jenayah seperti ini.

"Semua individu berkenaan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Sumber: HARIAN METRO




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067179 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top