CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Di kampung Amira, di KL jadi Anastasia, bahagia hidup 'double life'

26-3-2023 11:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 748| Komen: 5|Original author: Tatod

Gambar hiasan


Enggan hipokrit, individu yang hanya ingin dikenali sebagai Amira mendedahkan dia adalah seorang wanita bertudung labuh, berbaju longgar dan berwajah kusam ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

Perubahan drastik yang dilakukannya bukan kerana kejutan budaya, tetapi kerana jiwanya sememangnya sudah lama memberontak mahukan kebebasan.

Justeru, setibanya dia di Kuala Lumpur, Amira tekad untuk menjadi ‘diri sendiri’ dengan mencipta persona baharu bernama Anastasia.

Anastasia merupakan seorang gadis kota yang sering bereksperimen dengan dunia fesyen dan menata rias muka dengan solekan yang galak.

Dari segi perwatakan diri, Anastasia lebih berkeyakinan dan menjadi ‘social butterfly’ dalam kalangan rakan-rakannya di Kuala Lumpur.

Ini sangat berbeza dengan karakter gadis kampung Amira yang pemalu dan banyak menyendiri ketika di kampung halaman.

Jelas Amira, pesona Anastasia dirahsiakan daripada keluarganya di kampung kerana dia yakin ibu bapanya yang berfikiran konservatif tidak akan mampu menerimanya.

Gambar hiasan

“Saya bukan buat jahat atau sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Saya sayang dan hormat ibu bapa saya.”

“Cuma saya tidak lagi mahu tersiksa kerana saya tidak dapat jadi diri sendiri. Sebagai Anastasia, saya happy and free!”

“Lagipun di Kuala Lumpur, ada pelbagai jenis karakter dan boleh saling menerima antara satu sama lain. Tidak seperti di kampung yang kebanyakannya terikat dengan dogma,” jelasnya yang berasal dari Pantai Timur.

Demi memastikan rahsianya tidak terbongkar, Amira tidak memiliki sebarang media sosial dan dia juga putus hubungan dengan rakan-rakan lamanya.

Statusnya sebagai anak sulung juga dianggap sebagai satu kelebihan kerana adik-adiknya masih tidak berkeupayaan untuk ke Kuala Lumpur bagi menjenguknya.

Tambah Amira, dia sanggup singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengubah penampilannya sebelum pulang ke kampung atau balik ke bandar.

“Lumrah kerja saya juga memerlukan saya selalu travel, jadi keluarga saya pun tidaklah menjenguk saya di KL ni. Saya pun pulang setahun sekali masa raya.

Gambar hiasan.


“Jadi saya tak kisah kalau perlu warnakan kembali rambut ke warna hitam setiap kali balik kampung,” kongsinya yang turut menjelaskan dia kerap menghubungi keluarganya melalui telefon.

Amira tidak tahu berapa lama dia mampu mengekalkan kehidupan double life, namun dia bahagia dengan cara itu setakat ini.

Sekiranya satu hari rahsia tentang dirinya terbongkar dan diketahui keluarga, Amira sedia menanggung akibatnya.

“Amira dan Anastasia sememangnya sangat berbeza. Mereka di kampung kalau terserempak pun pasti ingat pelanduk dua serupa.

“Jadi, saya malas nak memikirkan soal akibat. Yang penting, saya tak ganggu hidup sesiapa pun,” tegasnya sebelum menutup bicara.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-3-2023 09:38 AM
Dia jadi butterfly tu kecek kelate ke kecek ganu?
Quote LostStar 27-3-2023 01:06 AM
nak mendonia p la australia ke singapore ke.. ni dok dlm malaysia..KL plak tu.. ghisawwwww
Quote swimswim 26-3-2023 09:17 PM
nazzse: Confirm sskjp
Pun rasa mcm tu. Kalau stkt nk menyundelz, dkt white sand pun boley. Tak perlu sampai kl.

Aku yg born and lived in kl pun idok le nak acah2 rebel. Poyos
Quote intan244 26-3-2023 09:10 PM
anastasia sgt. setakat kl, kalau gi oversea xpa gak.
Quote nazzse 26-3-2023 06:34 PM
Confirm sskjp

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.120270 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top