Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Bukit Jalil pada khamis lalu.
Ingin dikenali sebagai Azza, mangsa hanya menyedari gambar tubuhnya dirakam oleh seorang individu selepas dimaklumkan sendiri oleh pelaku menerusi mesej langsung di Twitter pada hari yang sama.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi, pelaku menghantar dua keping gambar Azza yang sedang beratur membeli juadah berbuka.
Lebih mengejutkan apabila individu tidak dikenali turut menyelitkan pujian berbuah lucah mengenai bentuk payudaranya.