CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Kim Jong-Un pakai jaket Christian Dior tarik perhatian warganet

26-3-2023 09:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 481| Komen: 6|Original author: Tatod

Kim Ju-ae yang merupakan anak perempuan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, menjadi perhatian sejak dia mengunjungi salah satu tapak ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) bersama bapanya tahun lepas, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ju-ae berkemungkinan seorang gadis yang suka bergaya selepas laporan media menyatakan bahawa dia memakai jaket mewah jenama fesyen Perancis, Christian Dior.

Gadis itu menghadiri satu lagi pelancaran peluru berpandu minggu lepas bersama bapanya. Dia dilihat memakai jaket hitam berlapis menerusi gambar yang dikeluarkan oleh media Korea Utara.


Media Korea Selatan dengan pantas menganalisis gambar tersebut. Saluran televisyen Chosun menyatakan bahawa jaket itu adalah produk asli yang dijual oleh Christian Dior kerana memiliki jahitan yang tersendiri.

“Jaket yang dipakai oleh anak perempuan Kim Jong-un, Kim Ju Ae semasa memerhatikan pelancaran ICBM pada 16 Mac lalu telah dianalisis sebagai produk jenama mewah Perancis Christian Dior,” kata penerbitan itu.

Jaket itu dijual pada harga AS$2,800 (RM12,398) di Amerika Syarikat, demikian menurut laman web rumah fesyen itu.


Disebabkan Korea Utara berada di bawah tekanan sekatan ekonomi dan jenama Christian Dior tidak terdapat di negara tersebut, adalah mengejutkan apabila Ju-Ae memakai jaket berjenama itu.


Sumber: KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote cikatilia 27-3-2023 10:21 AM
Nampak fake bila dia pakai
Quote swateng1 27-3-2023 09:53 AM
rakyat kau kemain kau sekat.. itu ini tak boleh. tapi kau dan keturunan kau bermewah2 dgn barang2 branded luar negara. pemimpin psiko
Quote beautifulorchid 27-3-2023 09:06 AM
copy ory dari china...grade AAA
Quote eyansss 26-3-2023 06:25 PM
hahahaa…  rakyat kena kerah ikut fesyen ntahape2…  dia anak beranak berlililala bersukaria bermewah2…
Quote babynina30 26-3-2023 12:53 PM
Beli kt ps  
Quote bunnyj3lly 26-3-2023 10:21 AM
Beli online la tu.. haiyaaa...  

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030480 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top