Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz menerusi hantaran di Instagram menyatakan pendirian untuk tidak lagi mengulas mengenai konflik yang tercetus dengan pengarah, Syamsul Yusof.
"Alhamdulillah, saya minta maaf semua yang call, saya tak angkat phone call sebab tak nak comment apa lagi. Bila anak bongsu saya naik bilik and bila wife saya nangis tu maximum dah.
"The one person yang selalu nasihat saya, my wife. Kalau isteri cakap 'i forbid you', dah level lain," katanya.
Tambahnya lagi, dia bekerja keras demi keluarga dan hanya menumpang rezeki anak serta isterinya.
"I've said my piece, that's all. No more comment and I won't be answering any question. I work hard for my family and their mental health is important.
"Rezeki saya bukan di tangan manusia. Saya tumpang rezeki dari anak-anak dan isteri. So, mereka adalah my priority. Selamat berpuasa. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari segala fitnah dan akhir. Amin," tulisnya.
Terdahulu, Syamsul memaklumkan dia sedia bersemuka dengan Aaron untuk menyelesaikan isu membabitkan mereka serta berbaik semula dengannya.
Menurut Syamsul, Aaron tetap sahabatnya dan masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan mereka perlu bersikap profesional.
Kelmarin, menerusi satu hantaran video di Instagram, Aaron meluahkan perasaannya selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan dalam filem Original Gangster atas alasan dia sudah tua, mengalami peningkatan berat badan dan mempunyai masalah kesihatan
Aaron juga terkilan apabila dirinya diperlakukan seperti sampah apabila tidak diperlukan dalam filem terbabit.
Malah, Aaron turut mendakwa dia perlu mengambil suntikan untuk mendapatkan benda badan seperti diinginkan Syamsul dalam filem itu. - CARI
Sumber: HARIAN METRO
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
tulah pelik. kalau ada suami yg bantu emosi isteri atau tolong isteri dlm kerja atau apa shj mula la diperli2 lelaki tu seolah takut bini, manjakan bini la apa la. mcm berdosa pula suami yg nk bantu isteri.
Ujung ujung mcm menyerah kalah . Wpun aa dipihak yg betul.. Dunia akhir zmn ni aku nmpk sgt sgt dasat . Yg jahat diagongkan.. yg baik ditindas ditekan.. adekala aku terpikir nape ye Allah lmbtkan hukuman pd yg jahat ni.. ke yg jahat tuu sebenonya baik.. Kita yg tak nmpk
Walaupun den xtgk cite Melayu yg cliche setiap masa, xkire sapa pelakonnya..isi cerita mcm gitu je lah..tp den rs den respect juga harun aziz ni..mmg jenis family man..walau rita rudeni nk cuba2 gesel mengeletis, die menepis dgn cemerlang..terbilang...berbilang.. kehkehkeh
Xperlulah dilayan org yg bodoh sombong.. nanti kita pun xpasal jd bodoh..sudah cukup 1 statement dikeluarkan..lps tu..diam shj..biarkan si labu munafik tu terapung2 dlm kebodohannya mcm siluncai.. kehkehkeh