Penghantar barang barang yang disyaki mencuri dan menjual barang kemas milik pelanggan ditahan dalam serbuan di Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, kelmarin mendakwa bungkusan mengandungi barang kemas miliknya dicuri suspek. "Pada 23 Mac, 1.05 tengah hari mangsa menerima panggilan daripada suspek mengatakan bungkusan telah sampai dan ditinggalkan di hadapan rumahnya.
"Mangsa yang berada di bawah flat terbabit berselisih dengan suspek dan bertanyakan berhubung bungkusan miliknya dan suspek menyatakan meletakkan bungkusan di hadapan rumah mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|