Penyanyi, Erna Elliyana mengingatkan kaum lelaki yang sudah bergelar suami untuk memberi nafkah tambahan kepada isteri supaya mereka dapat menjaga penampilan diri. Erna yang sudah 11 tahun melayari bahtera perkahwinan turut mengingatkan diri supaya mengutamakan keharmonian rumah tangga dan memastikan keperluan suami terjaga.
"Suami kalau hendak lihat isteri sentiasa cantik, kena beri nafkah lebih. Supaya kaum isteri boleh 'merias', melawa diri sendiri. Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana itu adalah lubuk rezeki anda. "Saya dulu masa kenal dengan suami, kulit memang agak gelap. Saya pernah tanya, kenapa nak kahwin dengan saya, bukan cantik sangat pun, Tetapi dia cakap, cinta kerana saya ada otak," katanya.
|
ADVERTISEMENT