Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @KekmaTheRealtor, dia meletakkan rating bagi beberapa buah masjid popular di beberapa lokasi termasuk di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Penilaian tersebut meliputi tahap sejuk pendingin hawa, juadah yang dihidang untuk berbuka puasa dan iktikaf dalam masjid.
Antara masjid yang tersenarai ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur, Majid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majoriti pengguna TikTok berpendapat video tersebut sangat membantu mereka terutama yang mengamalkan konsep satu hari satu masjid sepanjang bulan Ramadan.
“Rating sebegini sangat membantu, jom satu hari satu masjid!” komen seorang netizen.
“Terhibur pula baca komen awak untuk setiap masjid tetapi sangat berguna,” kata seorang lagi netizen.
Sumber: KOSMO! ONLINE