Tular hantaran seorang pemuda di Twiter yang menceritakan pengalaman seram ketika membuat tempahan bilik penginapan hotel. Apa yang mengerikan adalah hotel ditempah sudah lama tidak berpenghuni.
Menurut pengguna Twitter @iRaesmee, dia pergi ke sebuah daerah di Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas menempah penginapan di sebuah hotel di kawasan itu. Bercerita mengenai pengalamannya, dia menempah penginapan di rangkaian hotel tempatan dan berjaya membuat tempahan menerusi aplikasi telefon. Katanya, semasa membuat tempahan, semuanya kelihatan baik dan dia tidak berfikir dua kali untuk membuat pembayaran bilik itu secara dalam talian. Selepas memandu selama berjam-jam dia akhirnya tiba di hotel berkenaan tetapi hairan apabila melihat ia kosong dan tiada kakitangan yang bekerja di situ. Melihat situasi itu, pemuda ini terus menghubungi perkhidmatan pelanggan yang kemudian memberitahunya bahawa dia perlu menunggu selama 45 minit sebelum mereka boleh menawarkan penyelesaian.
Menerusi video dimuat naik, dapat dilihat hotel itu kelihatan kosong kerana ia sebenarnya telah ditutup. https://twitter.com/iRaesmee/status/1636777491913392131/video/2 Kerana kecewa dengan pemakluman itu, dia terus menempah penginapan di hotel lain di kawasan berdekatan, namun turut tidak berpuas hati dengan pengalamannya di sana. “Bila masuk bilik, bilik busuk, bau asap rokok, tandas berdaki, tombol pintu longgar, pintu tandas longgar, cadar kurang bersih," tulisnya dalam ciapan susulan. Dia menjelaskan, bilik itu ditempah kerana memerlukan penginapan alternatif yang murah memandangkan dia hanya mahu singgah tidur sebelum menyambung perjalanan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka bilik itu dalam keadaan sedemikian dan akur dengan nasib malang yang dihadapi pada malam itu. Dalam hantaran sama, dia menjelaskan sudah dibayar balik wang daripada pihak agensi yang menguruskan hotel tersebut. Sumber: mStar
|
KamikuP replied at 24-3-2023 02:56 PM
Ni mesti hotel OYO pundek tu sbb meollss pun pernah terkena 1st time booking.
Bila dah sampai kat te ...
KamikuP replied at 24-3-2023 02:56 PM
Ni mesti hotel OYO pundek tu sbb meollss pun pernah terkena 1st time booking.
Bila dah sampai kat te ...
Zeatyisaac replied at 24-3-2023 11:58 PM
I pernah pergi hotel yang takde staff. Masuk je, ada self service machine. Key in number ic kat mach ...
Zeatyisaac replied at 24-3-2023 03:58 PM
I pernah pergi hotel yang takde staff. Masuk je, ada self service machine. Key in number ic kat mach ...
ADVERTISEMENT