CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kamal Adli Tiada Musuh Tapi Sebaik-Baik Orang Pun Ada Yang Tak Suka' - Budi Doremi

24-3-2023 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6005| Komen: 7

Penyanyi Indonesia, Budi Doremi, 39, mendoakan pelakon Kamal Adli, 37, segera sembuh dan kembali bekerja selepas insiden diserang di Singapura, baru-baru ini.

Budi yang akrab dengan Kamal berkata, pelakon itu sepatutnya hadir ke konsert membabitkannya baru-baru ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kejadian mengejut yang menimpanya itu.



IG

"Kamal ada meminta maaf kerana tak boleh datang kerana dia masih belum boleh keluar. Memang saya ada jemput dia sudah lama sebelum kejadian itu.

"Saya pun belum berkesempatan untuk berjumpanya disebabkan jadual kerja sangat padat. Kalau ikutkan, nak sangat jumpa kerana dia antara rakan terdekat saya di Malaysia dan dia sangat baik.

"Mudah-mudahan Kamal cepat sembuh, cepat kembali lagi boleh bekerja," katanya yang menjayakan Konsert Dream Festival Collaboration: Nidji x Budi Boremi anjuran Inspire IDN berlangsung baru-baru ini di Zepp Kuala Lumpur.



IG

Katanya, kali terakhir mereka bertemu adalah pada Oktober tahun lalu. Dia hairan kenapa Kamal boleh dipukul kerana dia orang baik.

"Kamal tidak mempunyai musuh. Namun, sebaik-baiknya orang masih ada yang tak suka juga akhirnya," katanya.

Berkongsi pandangan adakah perlu untuk mengupah pengawal peribadi, penyanyi Tak Kan Hilang itu percaya insiden sebegitu tak mampu diduga sesiapa.


Harian Metro

"Kalau dalam Islam, lebih baik kita tawakal. Hal yang kita tak tahu dan tak dapat pastikan, kena tawakal pada Allah saja.

"Tapi, sebaiknya pada acara sebegitu amat perlu ada kawalan keselamatan yang kukuh. Ia perlu cukup dipastikan dengan baik demi kelancaran acara," katanya.



Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang lelaki tidak dikenali menggunakan cota besi ketika pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura.

Akibat serangan itu, dia mengalami kecederaan pada belakang kepala, muka dan badan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sendu.com 24-3-2023 01:15 PM
Ni bkn masalah kamal tapi Uqasha. Uqasha je tau sape orang tu
Quote dua_chzy 24-3-2023 01:16 PM
Memang Kamal takda musuh.

Wife dia.
Quote cikatilia 24-3-2023 02:16 PM
Sebaik-Baik Orang gituh..
Quote CinnamonR 24-3-2023 10:58 PM
Sape ntah indon ni..xkenal
Quote dudaberhias 24-3-2023 11:37 PM
bukan masalah kamal yang ada musuh pun... yang bermasalah siap keluar kisah buli sana sini adalah si ungka... kenapa takde plak orang gigih nak keluarkan kisah buli pasal kamal bila dia kena hempuk tu? sah2 si ungka memang problematic dari dulu... sebab herlokkk acik2 terpaksa pejamkan mata agittewww... macam kaka juga la tu hahahahaha.... asalkan herlok kita maafkan lah beliau...

si ungka tu takyah citer lah... macam2 kes sebelum ni... siap langgar keta orang pun pernah...

kaka takut2 juga nak bekap... takut satgi cash plak kat aku masa tengah syok2 kat bazar ramadan tup tup kena langgar dengan cikki lalok naik range rober....
Quote Nizleen86 24-3-2023 11:53 PM
Kesian kamal..kamal deserves better tp dah jodohkan. But they really love each other. Maybe uqa pun nak berubah bila dia pilih kamal as suami.
Quote codenamedream 26-3-2023 01:57 AM
Teringat meols dengar kat radio. Budi di tanya nak duet dengan siapa artis Malaysia. Dia jawab Kamal. Budi ckp Kamal boleh nyanyi tapi jelek.


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038060 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top