CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gara-Gara Syamsul Makan Bertambah Masa Datang Rumah, Ramai Minta Isteri Aaron Aziz Resepi Kuetiau Goreng!

24-3-2023 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7218| Komen: 11

Description: Kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz tentang pengarah Syamsul Yusof sempat menjamah kuetiau goreng masakan isterinya ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini mendapat perhatian ramai.
Kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz tentang pengarah Syamsul Yusof sempat menjamah kuetiau goreng masakan isterinya ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini mendapat perhatian ramai.

Apatah lagi Aaron menyebut Syamsul sampai bertambah menikmati hidangan masakan isterinya, Datin Diyana Halik.

Susulan daripada itu, sesi siaran langsung Instagram Diana dibanjiri komen peminat yang meminta resipi kuetiau gorengnya memandangkan pengarah filem The Original Gangster itu dilihat menyukainya sampai bertambah.

Foto: IG


"Kak, jujur saya teringin nak kuetiau goreng akak. Saya akan beli.

"Sabar sis, Insya Allah ada rezeki. By the way, kongsi resipi kuetiau goreng yang dia makan sampai tambah-tambah tu.

"Kak, kami penyokong char kuetiau, tolong nak rasa," komen netizen.

Bagaimanapun ada pula pengikut yang memberitahu agar tidak lagi memasak sebarang hidangan untuk Syamsul selepas ini.




Diyana dalam responnya pula menegaskan dia tidak akan berbuat demikian kerana Aaron mengajarnya untuk sentiasa melayani tetamu dengan baik.

"Tak boleh tak goreng kuetiau sebab suami saya ajar kalau jiran datang ke rumah, kita perlu layan mereka dengan baik.

"Biar kita yang tak makan, asalkan tetamu kita dapat makan. Bila tetamu datang ke rumah, kita kena jaga mereka dan beri makan," katanya.

Sementara itu, menerangkan tindakannya melepaskan emosi di Instagram, Diyana berkata, dia tidak berniat berbuat demikian sebaliknya hanya terkejut membaca berita berkaitan Aaron di media sosial.

Jelas Diyana, dia beremosi sehingga mengalirkan air mata sehingga tidak sedar mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

"Saya bangun dan nampak berita itu. Jadi, saya rasa sangat emosi sampai menangis sebab kata macam tu. Saya pergi umrah haritu pun tak ada nak doa macam ni.

"Saya hanya teremosi dengan kata-katanya (Syamsul). Tapi lepas tu Zohor saya berdoa agar diampunkan dosa-dosa saya kerana saya hanya berkecil hati,” ujarnya.

Diyana turut menasihatkan agar setiap individu menjaga percakapan mereka dan menghargai setiap usaha yang diberikan oleh orang lain.

"Saya rasa kita perlu sentiasa berhati-hati dengan percakapan kita. Saya sebenarnya tidak mahu berkata tentang hal itu kerana saya di sini untuk mempromosikan produk saya.

"Itu saja saya nak cakap. Kita perlu saling menghormati, walaupun kita tahu orang itu sudah tidak berkemampuan, kita kena selalu bertutur dengan bahasa yang baik.

"Kita juga perlu melihat semula segala pengorbanan atau apa yang telah dilakukan oleh orang itu kepada kita," jelasnya.

Pada Khamis, Diyana menjelaskan kecederaan tulang belakang yang dialami Aaron beberapa tahun lalu adalah berpunca daripada penglibatan dalam filem arahan Syamsul sendiri iaitu KL Gangster.

Ia susulan kenyataan Syamsul yang menjelaskan punca Aaron disingkirkan daripada The Original Gangster yang antara lain disebabkan usia, berat badan dan masalah kesihatan dialaminya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WeAiNe 24-3-2023 03:04 PM
banyak betul hot topik sekarang ni
Quote shernazz 24-3-2023 03:06 PM
Sedap plak bila baca kuetiau goreng ni..
Teringat mak iols punya kuetiau goreng..sedap betul Dan takde tambah telur...
Quote xtinkerbellx 24-3-2023 09:47 PM
Ingatkan da post resepinye. Bole la buat nak buka nanti [em:3:]
Quote Suchi 24-3-2023 09:58 PM
Teringin nk rasa kuetiau doli
F9EB773B-07F6-49E8-BBA8-8CA88426D2C4.jpeg
Quote belilies 24-3-2023 10:00 PM
Lahhh heols citer pasal bini masak kuetiaw goreng masa sol pembongak tu dtg umah dulu tu ke? Percoma iols mainkan bidio ni gara2 nak tengok ktw diana halik
Quote Nurul8001 24-3-2023 10:06 PM
WeAiNe replied at 24-3-2023 03:04 PM
banyak betul hot topik sekarang ni

Bagusla, baru rasa berbaloi masuk bod gosip. Kalau tak, masuk, swipe, masuk swipe lagi. Harap2 lagi 2 3 hari, takde la topik panas sbb nak fokus ibadah. Sekarang tgh ABC (Allah Bagi Cuti)
Quote dudaberhias 24-3-2023 10:07 PM
si gigi palsu menambah sebab sedap ke atau hanya sekadar nak ambik hati untuk join filem heols???

takkan penat2 ko kahwin dengan jin sungai klang kat naratiwat sampai gigih duk merentas sungai golok... hujung2 si jin tu hanya mampuuuu bergelek atas kontol kecik ko tu jah?? yihhh!!! buat rugi je penat2 hadap semua ni hujung2 kahwin dengan cikki yang masak pun tak reti... baik lah ko kahwin je dengan spesis zarina sabut nyoq... sekurang2nya pandai masak pulut rendang... lepastu pakej boleh hempuk dan smackdown setiap hari sebab tu memang fetish sheols... sheols lagi suka boleh buat konten gitu bila kena hempuk....
Quote Nurul8001 24-3-2023 10:10 PM
dudaberhias replied at 24-3-2023 10:07 PM
si gigi palsu menambah sebab sedap ke atau hanya sekadar nak ambik hati untuk join filem heols???

t ...

Ya hampon sisi. Nasib baik ai pakai gigi ori. Ketawa dekah2 pun tak tertanggal.
Quote dudaberhias 24-3-2023 10:13 PM
Nurul8001 replied at 24-3-2023 10:10 PM
Ya hampon sisi. Nasib baik ai pakai gigi ori. Ketawa dekah2 pun tak tertanggal.

hahaha mujur gigi kaka ori gittew dan masih utuh tak payah tepek2 polident tiap2 pagi macam si sol... harap2 si birah geletek si sol malam2 bagi heols tergelak sampai tertelan gigi palsu tu... yihhh!! adan uke.. tak merasa la nak menambah kuetiau goreng

Quote jas7512 24-3-2023 10:39 PM
Kueteow klu nak sedap buh keramg dan daun kucai...walah gitu...yg lain tu bwg putih beg merah cili merah blend..letak kicap dan sos tiram..pecah telur ckit dan letak tauge ckit..fuuh....i rasa klu aa nye bini masak kueteow cara spore mmg sedap tu
Quote asfaz 24-3-2023 10:46 PM
Suchi replied at 24-3-2023 09:58 PM
Teringin nk rasa kuetiau doli

Emmpphh..teringat kuetiau auntie  kantin..dapnyaaaaa

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052992 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top