CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asfan Shah Dan Rakan-Rakan Solat Jemaah Di Tengah-Tengah Jalan Bukit Bintang, Didakwa Menunjuk-Nunjuk

24-3-2023 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6030| Komen: 23

Asfan Shah yang menganjurkan solat jemaah di tengah-tengah kesibukan ibu kota, Bukit Bintang baru-baru ini.

“Kami dah sedia memang ada orang yang suka dan tak suka.”

Foto: IG


Kata Asfan atau nama sebenarnya, Norasfan Shah Shah Rudin, 38, bukan niatnya untuk menunjuk-nunjuk perihal ibadah kepada umum namun dia melihat inisiatif terbabit sebagai satu dakwah menyebarkan syiar Islam.

“Kalau fikir tentang orang suka atau tak, memang sampai bila-bila takkan habis.

“Kita cuma nak sampaikan kebaikan. Itu motif utama dan buat kempen menyambut Ramadan. Sebab itu, kami bawa Ustaz Syed Putra Haizam Al-Shahab sama-sama mengemudi solat dan beri sedikit tazkirah tentang bulan puasa.


“Moga Ramadan tahun ini lebih mantap buat kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Usai berlangsung aktiviti solat jemaah Asar, Asfan bersama rakan niaganya yang lain turut melancarkan produk terbaharunya iaitu wangian kerjasama dengan Deep Faith dan Medini Boutique.

Sementara itu, jelas penganjur bersama yang juga pemilik jenama Deep Faith, Amar Sufi Ali, sebelum mengadakan solat jemaat di lokasi sibuk terbabit yang menjadi tumpuan ramai, dia dan rakan-rakan sudah mendapatkan rujukan serta pendapat daripada golongan alim ulama.



“Kami dah telefon beberapa ustaz dan maulana serta guru-guru. Nabi Muhammad dulu pun ada orang tak suka baginda.

“Berbuat baik ini memang ada orang suka dan sebaliknya. Niat buat semata-mata kerana Allah. Bukan nak sukakan manusia tetapi nak sukakan Allah SWT dan Rasulullah,” katanya.

Asfan menambah, dalam Islam tidak kira pakaian apa pun yang dipakai atau disarung seseorang, apa yang penting adalah iman di dada.



“Apa pun yang kita pakai. Siapa pun kita, selagi tutup aurat dan dalam wuduk, kita boleh masuk masjid atau tunaikan solat di mana-mana. Tiada masalah.

“Orang awam jangan terlalu menghakimi. Kadang-kadang, kita tengok seseorang wanita itu tak pakai tudung, tapi solat tak pernah tinggal di masjid.


“Daripada sibuk mengata orang, lebih baik kita berdoa agar sesiapa pun diberikan hidayah. Semoga Allah bagi kita semua hidayah dan petunjuk untuk mendepani kehidupan yang penuh dengan godaan syaitan,” katanya lagi.

Baru-baru ini, beberapa selebriti popular tanah air seperti Aliff Aziz, Saharul Ridzwan dan Yusuf Bahrin menyertai solat jemaah Asar di sekitar laluan pejalan kaki dalam keramaian orang awam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nena9042 24-3-2023 11:35 AM
Tapi ada masa & tempat untuk benda benda semua ni. Kita bukan dalam perang atau negara yang minoriti Muslim, takde masjid atau surau. Bukan jugak hidup zaman Rasulullah yang terlalu ramai orang tak accept Islam.
Quote lasagna 24-3-2023 11:37 AM
lahhh igt dia solat sorg2.. rupanya ramai2.. haa ok laa. solat kan wajib.
Quote akuHavocczz 24-3-2023 11:37 AM
padahal nak promo produk.
Quote tipah89 24-3-2023 11:39 AM
entahla tau nak dakwah tapi solat kat tempat sibuk n kotor gitu dah knppppp.... mcm mencapap pun ada..
Quote dudaberhias 24-3-2023 11:40 AM
Gitu nak menonggeng agama, lepastu launch produk... Sama macam spesis bidah. Bertelekung pakai canopi atau kelambu untuk konten. Penat je kerajaan bina mesjid semua tu. Yih
Quote lotusteratai 24-3-2023 11:45 AM
aku tahu boleh solat kat mana2 tp kat malaysia ni masjid bersepah2. Klu niat nak tunjuk kat non muslim ttg solat bukan mcm ni caranya. Kau boleh buat program melawat masjid, bawa non muslim tu pusing2 masjid n terangkan bacaan solat.

Cuba org non muslim, buddha, hindu, kristian dll pergi buat sembahyang diorg kat pejalan kaki mcm ni, apa kau rasa?

btw, sblm solat diaorg mop ke kawasan pejalan kaki tu?
Quote prettyuglybabe 24-3-2023 11:58 AM
tonggang jangan tak tonggang..
Quote MoonRise 24-3-2023 12:11 PM
Nope. Masjid punya la besar2, merata-rata, tapi pilih solat kat tempat orang lalu lalang.
Ini bukan caranya utk berdakwah
Quote wadiunong 24-3-2023 12:13 PM
dah kenapa la nak solat kt situ? padahal kt KL ni bersepah2 masjid/surau kot. apa yg nak cuba buktikan? berdakwah ni byk lg cara lain. lg satu pakaian tu sila la kemas2 kan biar nampak wangi & bersih bukan kepam. ko nak berdakwah tp tak jaga penampilan. lagi satu iols mmg dah tak caya geng2 tunjuk jari telunjuk 1 ni, baiklah iols caya geng2 tunjuk jari tengah
Quote leftenanhensem 24-3-2023 12:20 PM
solat tu wajib, bagus kalau kita solat.

tapiiii yg ko buat kt situ dah kenapaaaaa konon nk tunjuk contoh?
contoh apaaa? contoh kt Malaysia ni kurang masjid? kurang surau?

Quote xtravaganza 24-3-2023 12:25 PM
Kekurangan sgt kah masjid atau surau dekat Malaysia ni smpi kna smbhyg dekat jalan raya?

Smbhyg kat mna2 xsalah tp apa ko rs klu ko pegi masjid surau tp lengang? Pg kuar jalan raya yg mmg sibuk, nmpk org plak g smbhyg reramai kat situ. Apa guna nya tempat ibadah klu xdigunakan? Bkn mnyusahkan pengguna jalan yg lain ke xksh la jalanraya atau tepi jalan raya ke..tp org nak lalu lalang.

Apa agknya yg ada dlm pmikiran diorg ni. Nk exposure? Pggl jela wartawan cover launching ko. Bnda sng. Bkn ada kemudaratan smpi kna smbhyg kat situ.

Jujur aku ckp, aku nmpk bnyk je masjid/surau sepi. Aku pon bkn la baik sgt slalu pegi masjid/surau tp ble nmpk berita mcmni, buat aku panasssss…
Quote talapia 24-3-2023 12:30 PM
wadiunong replied at 24-3-2023 12:13 PM
dah kenapa la nak solat kt situ? padahal kt KL ni bersepah2 masjid/surau kot. apa yg nak cuba buktik ...

pasal dressing tu kan..  teringat lak aku kt ada sorang tik toker ni.. qawiyaro ke apa nama..  budak muda la.. dressing bebudak muda style.. terjah2 orang ramai untuk sambung bacaan surah.
Skali ada aku tgk a few post.. dia terjah geng2 tiktokers jugakla kot.. influencer ke gitula bebudak muda.. lelaki.. rambut perang.. dia baca surah.. suruh budak tu sambung.. n dia bole sambung dengan baik ye. Bukan surah lazim. aku pon xtau surah apa. ternganga gakla aku.. terus aku kata.. ok2.. takleh pandang rendah kat bebudak dressup camni..  silap2 ilmu penuh di dada
Quote hzln 24-3-2023 12:32 PM
Masjid ada merata2
Even dlm bangunan keliling tu pun ada disediakan surau
Tapi demi nak launch produk perfume versi islemik, gigih ko gi solat jemaah kat tgh2 laluan org ramai
Tapi ada hati nak cakap....iNi bUkAn uTk mEnUnJuK-nUnjUK
Dah ko gi solat ramai2 situ, mmg ko nak tunjuk kat org la tu, KO NAK ORANG NAMPAK la tu, kalu takde elemen ko nak menunjuk, ko gi solat kat masjid/surau je...dah masjid/surau banyak & takde apa2 halangan pun utk kau ke situ

Spesis penunggang agama mmg sgt menjengkelkan
Urusan agama, urusan pengabdian diri kpd sang pencipta pun nak buat bahan marketing
Quote rosedemon 24-3-2023 01:01 PM
Beriya la ko puihhhj ludah
Quote wadiunong 24-3-2023 02:36 PM
talapia replied at 24-3-2023 12:30 PM
pasal dressing tu kan..  teringat lak aku kt ada sorang tik toker ni.. qawiyaro ke apa nama..  bud ...



1st impression tu penting. biar nampak kemas & wangi barula org tertarik nak dekat kan.
Quote Lavender_Violet 24-3-2023 02:43 PM
Yg berpurdah tu wife yg heols pukul dulu tu ke?
Quote azimodin 24-3-2023 02:55 PM
Kat malaysia ni punya la banyak masjid, xpayah nak susah2 cari masjid.. cantik2 pulak masjidnya. Surau kat stesen minyak pon sekarang siap ada pokok bunga.. ada aircond. Nak kata berdakwah, cube keluarkan statitic berapa ramai muaalaf yg tertarik hati dengan islam lepas nampak orang solat kat tengah2 habalan macam ni.
Quote ardent91 24-3-2023 02:56 PM
masjid besar dengan lantai tiles dan lampu besar chandelier bagai tp kosong/lenggang... baikla ko pg mengimarahkan masjid yg dibina kos juta2 tu penunggangan agama woit!
Quote sleepandream 24-3-2023 02:58 PM
cuba ko bayangkan kalau orang agama lain buat pemujaan tengah2 lalu lintas tu....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.089813 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top