CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul, Sarah Tiba Di Mahkamah Untuk Jalaani Proses JKP "Semoga Isteri Pertama Boleh Berbaik Dan Berbincang Dengan Saya"

24-3-2023 11:38 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12930| Komen: 152|Original author: Saiful

Description: Syamsul Yusof tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) sekitar pukul 9.35 pagi tadi.
Syamsul Yusof tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) sekitar pukul 9.35 pagi tadi.

Dia berharap proses perdamaian bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana berjalan lancar.


Syamsul tampak tenang hadir bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana Kamaruddin menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Foto: Google

“Hari ini kami menjalani proses JKP, semoga daripada sesi ini Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.

“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarganya. Tak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” katanya kepada Kosmo Online.

Sementara itu, Puteri Sarah yang ditemani adiknya, Puteri Sofea tiba di Jawi sejam kemudian dan terus menuju ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK).



Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen, antara alasan dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah tiada lagi persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtravaganza 24-3-2023 11:46 AM
Dgn lelaki psycho mcmni, baik xyah la. Klu dpt cabut, blah je.

Ko tu lepaskan jela PS. Org dh xnak, rumitkan keadaan lg buat apa? Time dia nk reach berbincg, ko block. Skrg bru terkedek2.. 4tahun beb..4 tahun…
Quote totokreturn. 24-3-2023 11:47 AM
xtravaganza replied at 24-3-2023 11:46 AM
Dgn lelaki psycho mcmni, baik xyah la. Klu dpt cabut, blah je.

Ko tu lepaskan jela PS. Org dh xnak ...

4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?
Quote missHaidiD 24-3-2023 11:48 AM
totokreturn. replied at 24-3-2023 11:47 AM
4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?

Ye kot. Sian kan . Perempuan pun ada nafsu okeh

Run ps run
Quote totokreturn. 24-3-2023 11:49 AM
missHaidiD replied at 24-3-2023 11:48 AM
Ye kot. Sian kan . Perempuan pun ada nafsu okeh

Run ps run

sampai hati sol buat mcm tu, menatang2 la dia ada pucuk muda
Quote Hypothetically 24-3-2023 11:51 AM
Org dah taknak baru nak terhegeh-hegeh, shameful.
Quote Piramida 24-3-2023 11:53 AM
totokreturn. replied at 24-3-2023 11:47 AM
4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?

Nak jugak dengar dr mulut Sol Sol iya ke tak memberi batin selama 4 tahun?
Quote epal_putih 24-3-2023 11:56 AM
Block bini pon setaun
Pikir logikla kan
Adakah block bini kut talipom
Tapi masih beri nafekah batin..
Quote awekjepun 24-3-2023 11:57 AM
totokreturn. replied at 24-3-2023 11:47 AM
4 tahun ke PS tak dapat nafkah batin?

Dari yg aku faham kisah diorg ni..masa sumayyah nak lahir, ika sent video dia & sol kot. Sumayyah tu dh 4 thn, klo ps dpt pun nafkah batin.. tetap la sol tu ada hubungan dgn ira dlm tempoh 4 thn ni. Cuma setahun ni je langsung xjumpa & kena block Whatsapp.
Aku agak mesti ps xnak berdamai dah.. tambah plak sol asyik keluar kenyataan yg menyebelahi ira. Langsung xjaga perasaan ps
Quote krustykrab 24-3-2023 11:59 AM
4 tahun ko palau dia, setahun ko block dia, skrg ko mintak dia berbaik & berbincang dgn ko..tahik betul la ko

Quote Oroi8887 24-3-2023 12:00 PM
Mcm taik la kau
Quote iraizz 24-3-2023 12:01 PM
Piramida replied at 24-3-2023 11:53 AM
Nak jugak dengar dr mulut Sol Sol iya ke tak memberi batin selama 4 tahun?

A'aah.. Sebab baru dengar yg sol cakap kat sidang media dia ada call sarah tanya apesal sarah cakap sol pukul dia sedangkan sarah pun tahu dia sekali pun tak pernah naik tangan pukul sarah  dan nafkah memang tak pernah tak bagi.. Nafkah yg dimaksudkan adalah zahir, tunggu sol cakap nafkah batin plak
Quote Piramida 24-3-2023 12:08 PM
iraizz replied at 24-3-2023 12:01 PM
A'aah.. Sebab baru dengar yg sol cakap kat sidang media dia ada call sarah tanya apesal sarah caka ...

Kita tunggu.. Ai suka tunggu yg dr court or dua2 side tuan badan.
Kalau dr picisan2 berita ni ntah dah tokok tambah hihi
Quote Farnor 24-3-2023 12:09 PM
Laa patutlah tidak dapat search ig ps.
Quote Hypothetically 24-3-2023 12:12 PM
iraizz replied at 24-3-2023 12:01 PM
A'aah.. Sebab baru dengar yg sol cakap kat sidang media dia ada call sarah tanya apesal sarah caka ...

Takkan nak claimed pukul kalau tak. Mungkin sol cakap takde bukti, tapi mana tahu ps ni boleh keluarkan bukti. Anyway mereka beri keterangan di mahkamah so im sure mereka siap sedia dgn segala bahan utk counter. Just my 2 cents.
Quote akuMNdia 24-3-2023 12:14 PM
Hari ini kami menjalani proses JKP, semoga daripada sesi ini Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.


aku rasa kalau sarah tak failkan cerai..sampai kesudah hanat ni dok nyorok dlm gua lagi.
Quote silampumeja 24-3-2023 12:14 PM
awekjepun replied at 24-3-2023 03:57 AM
Dari yg aku faham kisah diorg ni..masa sumayyah nak lahir, ika sent video dia & sol kot. Sumayyah  ...

Menyebelahi diri sendiri pun banyak. Siap ugut banyak pihak dlm press conference. Eh dia ni xpyah buat filem gangster lah. Dia dh ckup drama filem dh kat real life
Quote MatDeghem 24-3-2023 12:17 PM

Syamsul turut memaklumkan, isteri keduanya, Ira Kazar juga bakal mengambil tinda.jpg




Quote jiwakacau06 24-3-2023 12:18 PM
Farnor replied at 24-3-2023 12:09 PM
Laa patutlah tidak dapat search ig ps.

adA ja ig ps
Quote Afie13 24-3-2023 12:18 PM
PS x mahu berdamai n x mahu jumpa sol pun. Bagus PS buat keputusan tepat n dia cuma nak bercerai je. Kalau sol tetap berkeras PS akan guna hakam utk lafaz talak. I harap cepat2 lah settle sbb kesian dkt PS hadap benda ni dah lama

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055499 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top