CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awal Ashaari Dikutuk Warnakan Rambut Lepas Balik Umrah, "Tidak Mungkin Saya Akan Berkopiah 24 Jam"

24-3-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5062| Komen: 9

Ada pihak mempersoalkan penampilan Awal Ashaari apabila dia mewarnakan rambutnya menjadi ‘putih’ dengan menggunakan teknik peluntur sedangkan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah.

Dia menyifatkan netizen sebenarnya tidak boleh menerima perkara baharu terutama membabitkan sesuatu yang di luar kebiasaan bagi masyarakat Melayu.

Foto: IG

“Saya rasa orang kita suka merumitkan mengenai menunaikan haji atau umrah hingga kadang-kadang tercetus persepsi menakutkan untuk melakukan kebaikan di Tanah Suci.

“Sebagai anak seni, bukan kata balik umrah boleh terus insaf dan berubah, cuma saya dapat bawa balik pengalaman selain pengajaran berguna.

“Lagipun ini bukan warnakan rambut, saya gunakan sejenis bahan peluntur tetapi jika mahu berlawan (beri kenyataan) pun orang tidak akan faham,” katanya kepada Kosmo! Online.



Tambah pelakon dan pengacara itu, walaupun baru sahaja menunaikan umrah, dia tidak boleh mengubah gayanya secara drastik memandangkan dia sangat meminati bidang fesyen.

“Dari segi stail dan penampilan tidak mungkin saya akan berkopiah 24 jam kerana saya masih berminat dalam fesyen. Tambahan pula kerja saya masih berkaitan dengan dunia fesyen.



“Saya hanya buat apa yang menggembirakan diri sendiri tetapi pada masa sama saya tetap menjaga hubungan dengan Allah.

“Orang kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan drastik dan saya cuba faham perkara tersebut serta tidak menidakkan mereka,” ujarnya.



Dalam pada itu, Awal yang baru sahaja pulang dari Mekah dan Madinah bersama isterinya, Scha Alyahya pada Februari lalu banyak mengubah cara pemikirannya sejak menunaikan ibadah umrah.

Katanya lagi, perkara berkenaan turut dipersetujui Scha sendiri sebagai isteri yang sentiasa berada di sampingnya dan memahami situasi didepaninya.

“Umrah kali ini mengajar saya lebih dekat dengan Tuhan tetapi orang tidak nampak perkara begitu kerana fokus terhadap perubahan luaran saya.

“Hakikatnya sejak balik dari umrah, perbuatan dan pemikiran saya lebih terarah kepada hubungan dengan Allah. Isteri pun cakap saya banyak berubah,” jelas bapa kepada dua anak itu.



Begitupun, selebriti berusia 42 tahun itu tidak cepat melatah dengan kata-kata netizen yang mempersoalkan penampilannya.

“Kadang-kadang ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kerana benda tersebut peribadi. Nanti orang cakap menunjuk pula.

“Bagi saya tidak mengapalah, saya tidak kisah dengan persepsi orang kerana saya rasa lebih dekat (dengan Allah) dan tenang,” tuturnya.




Awal menunaikan umrah bersama isterinya, Scha Alyahya pada awal Februari lalu.

Bagaimanapun, tidak lama selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah, dia dikecam kerana mengubah warna rambutnya yang dilabel netizen tidak seiring dengan pemergiannya ke Tanah Suci sekali gus dianggap melanggar hukum agama. -CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 24-3-2023 11:46 AM
tajuk pulang dari rumah.. aku pikir, lantok dia le...
rupa citer pulang dari umrah
Quote dudaberhias 24-3-2023 11:54 AM
Huh bodoh la kot ye netizen nak komen pasal rambut heols pun kena tonggeng agama sebut2 umrah bagai. Bagitau je la heols nampak kepam warna rambut gitu. Macam rhoper taik ayam atau cicak. Jadi kau tak suka agittew? Sebab memang kepam pun di mata kaka. Retis malaysia ni Gigih kaler rambut. Pesen itu ini tapi tetap hauk gittuh! Jenis tak boleh stay wangi. Sebabtu cepat betul di ganti dek hero lain. Baik tengok animal planet, lagi banyak ilmu boleh dapat.
Quote msdummy.2018 24-3-2023 11:59 AM
Dia acah2 nk jadi koreannn....korang bolayanjerlah dia tuhhh
Quote cikatilia 24-3-2023 12:21 PM
tidak boleh menerima perkara baharu terutama membabitkan sesuatu yang di luar kebiasaan bagi masyarakat Melayu

gaya dia ckp mcm kuno bebeno  le kita ni.. dia mmg manusia pertama ke yg bleach rambut kat tanai air ni??
Quote slyfynx 24-3-2023 12:48 PM
Eh, die balik rumah kan?
Sukati die la.
Jadahnye balik RUMAH wahai TT
Quote rosedemon 24-3-2023 01:01 PM
Apa yg ko hrapkan dr psagan urban ni diorg g mekah melancong jeeee
Quote lotusteratai 24-3-2023 01:06 PM
murah rezeki theoyls ni kan selalu dpt invitation
Quote makita 24-3-2023 01:47 PM
Mcm kembar ning bazooka
Quote apech 24-3-2023 02:08 PM
iols speku diorang ni pun bakalan bercerai. Keputan Shawal makin terserlah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.167866 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top