CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Kecewa Simbol Jari Tanda ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Kaki Pukul, Kecurangan

24-3-2023 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7755| Komen: 58

Description: Nabil Ahmad kecewa apabila simbol jari tanda ‘Allah yang satu’ kini sering dikaitkan dengan individu yang berlaku curang dan memukul wanita.Tegas pengacara itu, tidak sepatutnya agama dikaitkan deng ...
Nabil Ahmad kecewa apabila simbol jari tanda ‘Allah yang satu’ kini sering dikaitkan dengan individu yang berlaku curang dan memukul wanita.

Tegas pengacara itu, tidak sepatutnya agama dikaitkan dengan kelakuan buruk atau permasalahan dilakukan individu.



IG

“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri. 

“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallah muhammadur rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan curang dan pukul isteri. 

“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” katanya kepada Gempak. 


Nabil turut memberitahu tanda tersebut juga sama seperti dilakukan ketika tahiyat awal dan akhir setiap kali menunaikan solat dan tidak patut diperlekehkan. 


IG

“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekahkan benda-benda macam ini. 

“Kalau tak tahu, jangan nak tuduh, jangan nak perlekeh… dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Yang jadi masalah individu itu, bukan agama. 

“Agama ajar yang baik, betul, terang, jelas dan nyata hakikatnya semua ada dalam Al-Quran dan Nabi ajar kita benda-benda yang macam itu,” ujarnya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 24-3-2023 10:59 AM
No komen la bab ni. Takut salah komen. Ada baiknya lelaki yg begitu jgn jadi penunggang.
Quote MatDeghem 24-3-2023 11:03 AM












Quote AbukRokok 24-3-2023 11:05 AM
asal tunjuk 1 jari dah jadi simbol Allah ke?
kalau 1 malaysia?
Quote Orix 24-3-2023 11:13 AM
patut laki yg suka letak jari satu tu ko letak jari tu kt mulot ko
Quote dudaberhias 24-3-2023 11:58 AM
Biasa la tu. Waktu2 kat mahkamah gitu gigih menonggeng agama. Lepas dah habis ke mana jari satu gittew. Tup tup seko tengah smackdown dengan jin sungai klang kat atas katil sambil tepek polident sebelum beraksi takut tercabut gigi palsu. Seko lagi melambung sampai ke syiling siap mandi junub berjemaah dengan si momo
Quote roti_banjir 24-3-2023 12:33 PM
dudaberhias replied at 24-3-2023 11:58 AM
Biasa la tu. Waktu2 kat mahkamah gitu gigih menonggeng agama. Lepas dah habis ke mana jari satu gitt ...

masa kes naik, jari yg satu tuh derang guna buat menunggang agama....

masa kes dah senyap, jari tuh guna buat tunggang skandal.....

dasar jantan jin sungai klang momok dalam almari betul...
Quote hzln 24-3-2023 12:45 PM
Kalut pasal simbol pulak dah
Yg bukan2 ajer lah ummah jaman skrg nih
Simbol 1 jari lah
Simbol capal lah
Puja "keturunan nabi" mcm insan suci sampai kopek udang
Nangis tgk REPLIKA kunun2 peninggalan nabi



Quote ashilalat 24-3-2023 02:21 PM
MatDeghem replied at 24-3-2023 11:03 AM

Alip aziz curang banyak kali, mana gamba nya?
Quote MatDeghem 24-3-2023 03:49 PM
ashilalat replied at 24-3-2023 02:21 PM
Alip aziz curang banyak kali, mana gamba nya?

dia ada gambar tunjuk jari SATU?




Quote darkness 24-3-2023 03:54 PM
Lawa2 anak2 nabil ni
Quote Cokoro 24-3-2023 04:11 PM
Lahhhhhhhhh
Quote katnissE 24-3-2023 04:15 PM

Soundlah penunggang agama yang kaki pukul dan kaki curang jangan guna simbol tu.

Memalukan saja.  Gaya gangster tapi tapi angkat satu jari.
Quote rayna_raynes 24-3-2023 04:42 PM
Kau pun bukanlah clean sgt nabil. Diam je la
Quote koko2 24-3-2023 06:28 PM
BETUL apa nabil ckap...itu adalah simbol ketika SYAHADAH dlm solat...pada org islam MODEN TERKINI yg tidak faham sila pelajari makna perbuatan/ gerakan dlm solat
Quote ashilalat 24-3-2023 06:43 PM
MatDeghem replied at 24-3-2023 03:49 PM
dia ada gambar tunjuk jari SATU?

Kompilasi tunjuk jari satu tapi....

Screenshot_20230324_182941_com.ss.android.ugc.trill_edit_20018984478715.jpg

Quote dua_chzy 24-3-2023 06:45 PM
Komen gini pehtu tepek gambo dengan orang sebelah ko tu. Tak perasan ke ironinya level gimana Nabil oooiiii.
Quote dua_chzy 24-3-2023 06:46 PM
3 dara tu anak2 Nabil ke? Astaga dah besar panjang iya!

Pehtu yang baju kuning tu sah ADHD.
Quote makadek 24-3-2023 06:52 PM
Sapa kata jari 1 tu tanda Allah.. Amenda..
Nk plak npk si yebit yih
Quote Moyangkucing 24-3-2023 10:29 PM
katnissE replied at 24-3-2023 04:15 PM
Soundlah penunggang agama yang kaki pukul dan kaki curang jangan guna simbol tu.

Memalukan saja.   ...

Betul tu. Samdol yg berbini dua tu paling tak layak nak acah² tunjuk simbol tu, munafik much.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058812 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top