Rakaman video warga asing mengamuk sehingga mencetus kekecohan menjadi tular di Indonesia. Bukan sahaja marah-marah, malah lelaki itu turut menyerang petugas di sebuah kampung di Kuta Selatan, Bali, Indonesia.
Menurut Kompas, kejadian berlaku ketika upacara Melasti (satu upacara penyucian diri) yang dilakukan sebelum berlakunya Hari Raya Nyepi oleh seluruh penganut Hindu di Bali. Punca kejadian itu adalah disebabkan warga asing tersebut lalu di kawasan upacara Melasti itu diadakan dan disuruh petugas untuk memperlahankan kelajuan motornya. Ketua Perhubungan Awam yang juga Ketua Pesuruhjaya Polis, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan kejadian ini pada 19 Mac lalu. “Ketika mendapatkan keterangan daripada tiga orang saksi di lokasi, kejadian itu berlaku ketika orang ramai sudah pun meninggalkan lokasi untuk menaiki kenderaan masing-masing.
Bagaimanapun, dua warga asing terdiri daripada lelaki dan wanita yang menunggang motosikal bernombor plat DK 6181 DN turut lalu dan petugas terbabit segera memberhentikan kenderaan mereka. Ia menyebabkan warga asing wanita itu turun dari motosikal sambil merungut dan marah-marah. Manakala lelaki warga asing itu tiba-tiba turun motor dan serang petugas sambil menjerit “Don’t touch my girlfriend” kerana dia mendakwa petugas cuba menyentuh teman wanitanya. Twitter @Heraloebss “Petugas merasakan tiada siapa yang menyentuh kekasih tetamu atau warga asing itu, tambahan pula tetamu atau warga asing itu mencabar petugas yang menjalankan kawalan keselamatan untuk aktiviti Melasti,” kata Stefanus. Difahamkan kekecohan antara petugas dan dua warga Rusia itu telah diredakan. Sumber: mStar
|
damsel_fiji replied at 24-3-2023 09:41 AM
kat bali (act bukan bali jah, thai, vietnam etc pon) mmg ramai local dah menyampah dgn bule2 ni ya. ...
darkness replied at 24-3-2023 09:58 AM
Tapi..mcm belum ada kejadian om puteh buat hal di malaysia setskat ni dekat online media
dua warga Rusia
salimrock replied at 24-3-2023 10:04 AM
ada kes mat salleh mabuk nak bergaduh dgn geng lokal , sekali mat salleh ni kena bantai smpai berd ...
taji2906 replied at 24-3-2023 11:19 AM
aku harap Jepun tegas dgn omputih ni. jangan jadi mcm bali.
byk omputih sekarang kat socmed buat mcm ...
ADVERTISEMENT