CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Pertama Ramadan Dah Buat Hal, Pencuri Tinggal Tabung Masjid Sebab Tak Larat Nak Seret Keluar

24-3-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4467| Komen: 4

Jemaah Masjid Al Aqla, Jitra terkejut dengan penemuan tabung besi rumah ibadat tersebut yang berada di koridor masjid ketika mahu menunaikan solat Subuh pada hari pertama Ramadan.

Dipercayai, pencuri meninggalkan tabung berkenaan di situ kerana terlalu berat untuk diseret keluar dari pekarangan masjid.



TABUNG besi yang cuba dilarikan suspek di Masjid Al Aqla di Jitra, Kubang Pasu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, tabung tersebut ditemukan seorang jemaah berusia 73 tahun pada pukul 6.05 pagi.

“Tabung itu ditemukan di koridor masjid dalam keadaan masih berkunci. Pemeriksaan dijalankan mendapati tiada duit yang hilang dan kita berjaya menemukan tiga cap jari pada tabung tersebut,” katanya.

Tambah Rodzi, kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut tidak meliputi kawasan tabung berkenaan dan hanya berada dalam masjid.


“Walaupun tiada barangan yang hilang, namun satu anak tangga masjid tersebut pecah dipercayai akibat terkena peti besi yang cuba dilarikan suspek itu,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-3-2023 10:34 AM
Bulan posa setan dah kena ikat, yg tak kena ikat manusia bereperangai supo setan
Quote gigahertz 24-3-2023 10:46 AM
Ni kes dadah la ni
Quote sangbara2020 24-3-2023 11:05 AM
xkan sbb nak raya gigih mencuri nk beli baju raya xnak yg byr ansuran kan?
Quote renko 24-3-2023 11:10 AM
boleh buat tajuk mastika

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.873384 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top