Kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah, dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, semalam menyebabkan remaja lelaki putus jari kelingking. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang sebelum mengerah enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.
"Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun. "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi, semalam. Morni berkata, mangsa bagaimanapun keluar sendiri dari keretanya sebelum bomba tiba di tempat kejadian. Beliau berkata, selain jari kelingking putus, mangsa juga cedera di kaki kiri.
"Remaja lelaki itu kemudian diberi rawatan awal oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki ambulans," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT