Bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev yang berkhidmat antara 2008 dan 2012, memberi amaran tegas terhadap mana-mana pihak cuba memberkas Vladimir Putin di luar negara. Amaran tegas itu diberikan susulan tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Putin atas dakwaan melakukan jenayah perang.
"Senjata milik Moscow akan menyasarkan mana-mana negara yang tangkap beliau. Sebagai contoh, jika Jerman yang berbuat demikian. Segala senjata termasuk roket akan dilancarkan ke atas Parlimen Persekutuan (Bundestag) dan pejabat canselor," katanya. Medvedev yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia menyifatkan keputusan yang mengaitkan Putin dengan tindakan mendeportasi kanak-kanak Ukraine secara haram hanya memburukkan lagi konflik antara Moscow dan Barat. Kenyataan lantang itu dikeluarkan beliau, dua hari selepas Kremlin membuka siasatan jenayah ke atas pendakwa raya ICC, Karim Khan dan beberapa hakim tribunal antarabangsa tersebut setelah keputusan dibuat mereka didakwa melanggar undang-undang.
Waran tangkap sama turut dikeluarkan ke atas Pesuruhjaya Presiden untuk Hak Asasi Kanak-kanak, Maria Lvova-Belova. Pada Rabu, badan perundangan ICC yang berpusat di The Hague menzahirkan rasa kesal terhadap 'ancaman' yang diterima daripada sekutu Putin yang disifatkan sebagai cubaan untuk menghalang usaha antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti terhadap tindakan yang dilarang di bawah undang-undang am antarabangsa. Sumber: Kosmo!
|
AbukRokok replied at 23-3-2023 12:30 PM
ww3 la
+ ukraine dpt jet f16 dan peluru depleted uranium
kepompong replied at 23-3-2023 11:59 PM
malaysia tkde planning nak tangkap dia . kan…
bukan sasaran dia? tapi kalau bukan sasaran sesiapa ...
Lagubestbest replied at 24-3-2023 02:44 AM
awalnya kita berkecuali. tapi feb 2023 selepas ditekan kita dah "tulis nama" kat UN yang kita supp ...
ADVERTISEMENT