CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melonjakkan Nafsu Dan Syahwat- Hidu Bau Makanan Berlebihan, Pakai Minyak Wangi Ketika Berpuasa Hukumnya Makruh

23-3-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2407| Komen: 4

PUTRAJAYA: Menghidu bau makanan ketika berpuasa adalah tidak membatalkan ibadat itu, namun jika dihidu secara sengaja dan berlebihan maka hukumnya pula makruh.

Itu penjelasan dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkenaan hukum menghidu bau makanan ketika berpuasa menerusi artikel dikeluarkan hari ini.


PMWP berkata, hukum menghidu bau atau asap hidangan makanan pada dasarnya adalah harus dan tidak pula membatalkan puasa seseorang.


Foto: Utusan

“Namun begitu, sekiranya seseorang itu dengan sengaja menghidu bau tersebut secara berlebihan, maka makruh hukumnya.

“Hal ini kerana, seseorang individu Muslim yang berpuasa dituntut untuk menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu dan syahwat di bulan Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, memakai minyak wangi saat berpuasa pula juga tidak membatalkan puasa, namun hukumnya makruh.


Katanya, para ulama menjelaskan hikmah hukum makruh tersebut kerana ketika berpuasa umat Islam wajib menahan diri daripada perkara yang boleh melonjakkan nafsu dan syahwat.

“Ini kerana minyak wangi adalah termasuk hal yang boleh membangkitkan syahwat,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 23-3-2023 05:48 PM
Sepanjang bulan posa ni aku nak pakai minyak wangi oud (gaharu /agar wood) + kasturi aje lah.. for health benefits

Tiada kaitan nak mensyahwatkan orang....
Quote stingeramadhan 23-3-2023 05:59 PM
green~tea replied at 23-3-2023 05:48 PM
Sepanjang bulan posa ni aku nak pakai minyak wangi oud (gaharu /agar wood) + kasturi aje lah.. for h ...

Rasulullah S.A.W bersabda ; Ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat” (Hadith Riwayat Abu Naiim)

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasai)

Tidakkeww hadith sahih ini masih tidak boleh meyakinkheun ko? Sehingga perlu penambahbaikheun?

Wallahhuaklam
Quote kemaruk 23-3-2023 06:16 PM
Kalau lelaki pakai minyak wangi acaner? Ramai pompuan syiok dengan bau paco rebana abang kemaruk
Quote rosedemon 24-3-2023 10:26 AM
Kesahhhhhhhhhhhhh hidu jela

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056965 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top