Harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan masih berpatutan walaupun berlaku peningkatan 10 peratus. Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, harga bufet yang ditawarkan kebanyakannya antara RM45 sehingga RM65.
"Kenaikan harga barang mentah menyebabkan pengusaha hotel terpaksa naikkan harga bufet. "Tapi saya rasa ia masih berpatutan kerana kalau kita naik terlalu tinggi pun, orang tak mahu datang berbuka di hotel," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Menurutnya, dengan harga ditawarkan, beliau menjangkakan sambutan berbuka puasa di hotel melalui bufet Ramadan tidak akan terjejas. Ini kerana katanya, ia hanya berlaku setahun sekali dan kebanyakan yang membuat tempahan berbuka di hotel adalah pihak syarikat, agensi atau pertubuhan yang berhasrat meraikan pekerja atau ahli mereka.
Haziz turut menyangkal persepsi sesetengah individu yang beranggapan berbuka puasa di hotel dengan harga bufet ditawarkan adalah satu pembaziran. "Ini bukan pembaziran, tapi penghargaan kerana Ramadan itu hanya setahun sekali. Ia pilihan kepada mereka yang mampu. "Tapi saya nak nasihatkan juga walaupun anda bayar untuk nikmati tanpa had semua hidangan disediakan tetapi janganlah membazir mengambil makanan dalam kuantiti banyak tetapi tidak dihabiskan," katanya. Dalam pada itu beliau turut menggalakkan hotel-hotel di Negeri Sembilan menawarkan Menu Rahmah Ramadan. Ujarnya, buat masa ini hanya Hotel Dwarf di Port Dickson saja yang menyediakan menu tersebut iaitu satu set nasi berharga RM5. Sumber: Sinar Harian
|
nolya replied at 23-3-2023 06:14 PM
Apa kata kalau hotel yg anjurkan iftar puasa dgn sekian2 harga, sediakanlah juga satu ruang untuk so ...
green~tea replied at 23-3-2023 06:18 PM
Dah banyak hotel buat camni.. kl convex biasa mmg ada kaka....
Mula2 makan kurma kuih muih... pe ...
nolya replied at 23-3-2023 06:22 PM
Ooooo ye ke? Ingatkan pelanggan hanya datang makan ttpi kemudian bergegas balek untuk pegi tarawi ...
green~tea replied at 23-3-2023 06:24 PM
Ha ah.. biasa camtu lah.. and pihak hotel mmg bawak geng2 tahfiz utk buka puasa and imam terawih.. ...
KamikuP replied at 23-3-2023 04:28 PM
Utk midget barangkali
nolya replied at 23-3-2023 06:22 PM
Ooooo ye ke? Ingatkan pelanggan hanya datang makan ttpi kemudian bergegas balek untuk pegi tarawi ...
ADVERTISEMENT