Washington: Dua banduan di Amerika Syarikat menggunakan berus gigi untuk membuat lubang di dinding sebelum melarikan diri dari penjara, namun ditahan hanya beberapa jam kemudian di sebuah kedai penkek.
Kedua-dua lelaki itu, dikenali sebagai John Garza, 37, dan Arley Nemo, 43, dilaporkan hilang dari Newport News Jail di Virginia. Mereka menggunakan alat yang diperbuat daripada berus gigi dan objek logam untuk membuat lubang berkenaan. Banduan itu mengambil kesempatan daripada apa yang dipanggil oleh pejabat syerif sebagai kecacatan pembinaan di dinding penjara untuk melarikan diri. Tetapi kebebasan mereka sangat singkat apabila kedua-duanya ditahan pada awal pagi Selasa lalu, di cawangan rangkaian restoran penkek bernama Ihop di bandar Hampton yang terletak berdekatan dengan penjara. Kenyataan syerif itu tidak menyatakan sama ada lelaki itu berada di dalam atau di luar restoran ketika mereka ditangkap.
"Saya berterima kasih kepada rakyat yang memerhati Garza dan Nemo di Ihop dan memaklumkan kepada penguat kuasa undang-undang," kata kenyataan itu. Garza ditahan atas pertuduhan termasuk menghina mahkamah, manakala Nemo dalam kesalahan termasuk penipuan kad kredit dan pemalsuan. Pejabat syerif tidak akan mendedahkan dengan tepat bagaimana lelaki itu mengeksploitasi kecacatan dalam pembinaan penjara. "Kami tidak akan membincangkan situasi itu dengan lebih lanjut atas sebab keselamatan," kata kenyataan itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
pekanwoohoo replied at 24-3-2023 10:35 AM
Shawshank Redemption versi pendek
midori888 replied at 24-3-2023 10:36 AM
Aah...Shawshank redemption...fav movie
midori888 replied at 24-3-2023 02:36 AM
Aah...Shawshank redemption...fav movie
ADVERTISEMENT