Kewujudan segelintir pihak berperanan sebagai 'Ayahanda' tapak bazar di Johor terutama Johor Bahru dikatakan tidak seteruk di Kuala Lumpur. Peniaga bazar yang hanya mahu dikenali sebagai Amin berkata, golongan ini wujud kerana adanya permintaan.
"Saya tidak pernah kena, tapi ada juga peniaga lain yang beritahu pernah dapatkan tapak Aidilfitri pada harga RM30,000 menerusi 'Ayahanda' tapak bazar ini. "Di Johor Bahru mungkin situasinya tidak seteruk Kuala Lumpur, lokasi mana saya tidak tahu tetapi untuk cakap tiada memang mustahil. Pasti ada yang ambik kesempatan sebab ada permintaan khususnya peniaga asing. "Saya sudah masuk bazar berbuka puasa lebih 10 tahun, tetapi semuanya dibuat dengan memohon tapak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika dihubungi, di sini. Katanya harga yang dibuka PBT juga lebih munasabah dan masih mampu untuk disewa peniaga sepertinya.
"Saya memang sejak masuk bazar ramadan untuk menjual menu berbuka puasa, akan melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Sementara itu, Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noor Azam Osman memaklumkan, MBJB sentiasa memantau dan akan ambil tindakan tegas jika wujud kegiatan monopoli tapak bazar. Namun katanya, setakat ini tiada aduan diterima berhubung isu 'Ayahanda' tapak bazar. "Untuk makluman, kesemua Bazar Aidilfitri dan Ramadan dalam kawasan MBJB adalah anjuran persatuan atau secara persendirian dan bukan di bawah anjuran MBJB. Bermakna penyewa hendaklah berurusan dan berfahaman berkenaan sewa tapak dengan penganjur sebelum bersetuju untuk menyewa tapak bazar. "MBJB telah meminta pihak penganjur memberikan maklumat awal tentang kadar harga yang dikenakan kepada peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri. "Mengikut rekod, buat masa ini kadar harga khemah jenis jualan juadah Bazar Ramadan adalah bermula RM200 hingga RM2,500 termasuk di tapak swasta iaitu di kawasan kompleks membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai dan berkedudukan strategik. "Jika terbukti harga yang disewakan berlainan daripada maklumat awal yang diberikan kepada MBJB semasa proses permohonan, MBJB boleh mengambil tindakan untuk membatalkan kebenaran menganjur atas dasar memberikan maklumat palsu kepada Majlis," katanya. Sumber: Harian Metro
|
venom1 replied at 23-3-2023 06:27 AM
macamana nak lupuskan 'ayahanda'2 ni. geli aku dengar
ADVERTISEMENT