Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah memberi amaran bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan mampu menampung kenaikan kos haji lalu harga pakej haji terpaksa dinaikkan. Penganalisis politik, Lim Sian See menerusi hantaran di Facebook berkata, Najib juga berulang kali beri amaran sejak Januari 2019 bahawa kadar hibah TH akan turun serendah 3.0 peratus pada tahun-tahun berikutnya.
Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat ramalan tersebut selepas kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) menukar strategi pelaburan TH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memberitahu, kos menunaikan haji bagi tahun ini akan meningkat kepada RM30,850 setiap jemaah. Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, golongan T20 perlu membayar kos penuh manakala jemaah M40 pula sebanyak RM15,980, setelah ditolak bantuan kewangan haji 48 peratus. Golongan B40 yang menikmati bantuan kewangan haji 61 peratus kekal membayar sebanyak RM10,980 seperti sebelum ini. Sian See menambah, Najib juga pernah mencadangkan penyelesaian yang boleh diambil kerajaan bagi membolehkan TH menjana keuntungan yang lebih tinggi. Beliau memberitahu, antara cadangan bekas Menteri Kewangan itu adalah pelaburan hartanah oleh TH melalui pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Namun, kata Sian See, sebelum PRU14, ramai pihak yang membantah pembelian tersebut sehingga menyebabkan TH menjual semula tanah tersebut kepada kerajaan PH. Menurut beliau, situasi berbeza dialami oleh WCT Holdings Berhad (WCT) yang membeli lot tanah bersebelahan dengan yang pernah dimiliki TH di TRX. “Syarikat WCT cool saja. Terus majukan projek yang bernilai RM1.4 bilion mereka untuk untung besar manakala TH sudah terlepas peluang. “Untung ratusan juta yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi haji ataupun naikkan hibah terlepas,” jelasnya. Sumber: MalaysiaGazette
|
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 01:51 PM
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, an ...
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 01:51 PM
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, an ...
Kalau yang miskin tak mampu nak pergi Haji tu, tak payah lah sibuk nak pergi, sebab tak wajib pun pasal kau pun tak layak dari segi kewangan. Kau orang nak sangat tengok Kaabah, pergi umrah dah lah.
gangerina replied at 23-3-2023 02:15 PM
ayat ni mendongak ke langit sangat ni, jgn sampai esok lusa u pulak jatuh tergolek dog...
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 01:51 PM
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, an ...
mejaputih replied at 23-3-2023 03:00 PM
soalnya skrg B40/M40 lg mampu pegi haji dari T20 paras minimum nk ke M40 bila gomen buat mcm ni....s ...
ADVERTISEMENT