Bapa kepada Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam berharap kedatangan Ramadan sebagai bulan rahmat dapat menjentik hati anak dan semua pihak yang terlibat dalam kemelut rumah tangga, terutamanya keluarganya agar bermuhasabah diri.
Sebagai bapa, Yusof berasa sedih melihat situasi menjadi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat seorang ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai satu racun. “Pada bulan Ramadan yang baik ini saya harap kita semua dekatkan diri dengan Allah, jauhkanlah hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain terutama emak sendiri. “Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun. “Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.
“Tidak kiralah dia mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga sana, tapi jangan biarkan ibu sendiri menangis,” kata Yusof ketika diminta mengulas tindakan Syamsul bercakap tentang peranan seorang ibu dalam sidang media tergempar bersama peguam, semalam. Yusof bagaimanapun enggan memperincikan tuduhan Syamsul tentang kecurangan Puteri Sarah Liyana dan kemungkinan isterinya, Datin Patimah Ismail meminta Syamsul menceraikan Sarah. Tambah pemilik rumah produksi Skop Production itu, dia enggan memanjangkan perkara yang disifatkan sekadar prasangka. “Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami,” luahnya. Kelmarin, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memfailkan nusyuz kepada Puteri Sarah disusuli penjelasan berkenaan tindakannya itu dalam satu sidang media pada petang semalam. Sebelum itu Puteri Sarah tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memfailkan hadanah atau penjagaan anak pada pagi semalam. – CARI Sumber: Kosmo
|
dudaberhias replied at 23-3-2023 12:32 PM
udah2 la tu datin oiii... move on je lah... anak dah kahwin dah pun... terima je lah jin sungai klan ...
Nham22 replied at 23-3-2023 12:29 PM
Perit nye kedudukan YH skrg ni... Yelah mmg dalam agama nk nikah tu xperlu pon izin ibu...xmasuk dal ...
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1
jiwakacau06 replied at 23-3-2023 12:49 PM
4 tahun xcukup masa nk selesai ke...sol manusia biasa....abis tu mak ayh dia bini dia ank2 dia apa ...
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1
Fazzbulous replied at 23-3-2023 01:29 PM
sepatutnya dia buat benda tu 4 tahun lepas...bukan sebab bila bini 1 dah file kn cerai,baru ko nak ...
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1
nestea27 replied at 23-3-2023 12:47 PM
sepatutnya tak jadi begitu
settle kan satu persatu
biar anak settle isu dgn bini no 1
Fazzbulous replied at 23-3-2023 01:29 PM
sepatutnya dia buat benda tu 4 tahun lepas...bukan sebab bila bini 1 dah file kn cerai,baru ko nak ...
doubleA replied at 23-3-2023 05:24 AM
Masalahnya sol punya lari dari masalah ni org lain dia boleh jumpa tapi mak dia sendiri pun dia tak ...
ladyxez replied at 23-3-2023 01:46 PM
Ada jugak yg sokong hmmm
ADVERTISEMENT