Radhi menafikan berselisih faham dengan rakannya, Qi Razali sehingga pemain dram itu berundur dari kumpulan band muzik rock alternatif itu. Pengumuman Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong di Twitter awal Januari lalu mengenai pengundurannya daripada OAG menimbulkan spekulasi bahawa terdapat kemelut di antara dia dengan anggota band muzik tersebut khususnya vokalis kumpulan itu.
Pengunduran Qi itu dibuat sebaik sahaja dia kembali bergabung dengan OAG tahun lepas serta turut sama menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan di Stadium Melawati, Selangor pada 25 Disember lalu. Terkejut dengan spekulasi tersebut, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali berkata, sebetulnya tiada apa yang berlaku di antara dia dengan Qi, sebaliknya ia sebenarnya berpunca daripada penganjuran Konsert 30 Tahun Generasiku yang diadakan untuk meraikan penglibatan mereka di dalam industri muzik rakaman tanah air sepanjang tempoh tersebut.
“Sebenarnya tiada apa yang berlaku. Konsert 30 Tahun Generasiku itu dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi. “Bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan masalah peribadi. Bukan sebab dia bergaduh dengan saya. Kitaorang tak gaduh. Kita orang baru sahaja berjumpa baru-baru ini. Kita orang aman sahaja. “Cuma apa yang berlaku pada penganjuran Konsert 30 Tahun Generasiku itu adalah sangat kritikal kerana ia dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi. “Bahkan, kami mengadakan konsert pada saat Pilihanraya Umum (PRU) sedang dilakukan. Kami juga buat konsert dalam keadaan duit tidak ada. Sebab kerajaan tidak ada lagi masa itu. Penganjur memang ada, begitu juga dengan penajaan tetapi ia ditarik balik. Tapi, akhirnya kerajaan baharau membantu, Alhamdulillah. “Apapun, tiket tak jual. Kami mengalami kerugian. Malah, tiket pun banyak yang kami bagi secara percuma. Orang tak tahu perkara itu dan menyangka tiket kami terjual. Sedangkan hakikatnya, tidak. “Dalam kepala Chi, mungkin dia rasa konsert itu boleh berjaya tetapi tidak menetapi apa yang diharapkannya. Mungkin dia rasa kecewa sebab dia dah betul-betul berkobar-kobar untuk menjayakan konsert ini tetapi apa yang diharapkan itu tidak kesampaian,” katanya. Selain Chi, dua lagi anggota turut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada OAG susulan daripada selesainya konsert tersebut. Radhi ditemui sewaktu sidang media dokumentari Pekik yang mengangkat tentang kebangkitan scene Indie di Malaysia pada awal 90-an diadakan di Finas baru-baru ini. Jelas Radhi lagi, sebenarnya dari awal lagi, dia sudah berasakan tidak bersedia untuk menjayakan Konsert 30 Tahun Generasiku itu. “Sebenarnya, masa saya dapat tawaran mengadakan konsert ini, saya sudah menolak untuk melakukannya kerana saya tahu kami tidak punya banyak masa untuk buat persiapan. “Tapi disebabkan peminat yang selalu bertanya, Chi pun kata ambillah. Lagipun, 25 Disember adalah tarikh ulangtahun penubuhan OAG. Kalau nak tukar hari lain atau tarikh lain, tidak kena pula. “Jadi. Mahu tidak mahu saya cuba sebaik mungkin dan bersihkan diri saya dan bersedia untuk menjayakan konsert ini,” katanya. Apapun, kata Radhi, dia tidak kecewa dengan kegagalan Konsert 30 Tahun Generasiku. “Saya anggap ia satu hikmah dan ia mendekatkan lagi saya kepada Allah SWT. Saya lari bawa diri ke Kedah untuk perbaiki diri,” katanya. Sumber: Getaran
|
DeLuna85 replied at 23-3-2023 06:53 AM
Oh aku baru tau dia pemain drum oag.
prince_marhaen replied at 23-3-2023 08:50 AM
...ye ke? mungkin bandmate dah fed-up dengan rutin cautut kau sebelum konsert? masa konsert pun dah ...
heythere123 replied at 23-3-2023 03:18 PM
masalahnya time konsert tu radhi datang lambat, fans kena sidai dekat sejam kalau tak salah. Pastu d ...
salimrock replied at 23-3-2023 09:39 AM
Qi ni antara musician yg berbakat, bukan shj boleh bermain alat music, boleh mengacara, berlakon, ...
taji2906 replied at 23-3-2023 08:24 AM
Qi ni aku suka rancangan yg makan2 dulu tu. nampak sempoi relax je. kelakar jugak lawak dia.
DeLuna85 replied at 23-3-2023 05:22 PM
Kalau tgk badan dan mata ada ciri2. Harap tak la
ADVERTISEMENT