CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shasha Abedul Tolak Semua Job, Tunai Umrah Sebulan Dan Sambut Aidilfitri Di Makkah

23-3-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3633| Komen: 12

Description: Shasha Abedul menolak semua tawaran kerja untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap bulan puasa.Shasha, 26, berkata, dia mahu mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri sen ...
Shasha Abedul menolak semua tawaran kerja untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap bulan puasa.

Shasha, 26, berkata, dia mahu mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri sebelum memulakan semula kerjayanya sebagai seorang pelakon.


Foto: IG

"Saya sebenarnya setiap kali Ramadan cuba untuk ambil cuti sebulan sebab kita dah bekerja setiap bulan, jadi Ramadan saya mahu beri fokus lebih untuk beribadah.

"Saya akan menolak sepenuhnya tawaran kerana menganggap bulan Ramadan merupakan satu-satunya peluang untuk luangkan masa bersama keluarga," katanya kepada mStar.

Ramadan ini dia menunaikan umrah dan menyambut Aidilfitri di Kota Makkah.



"Saya tidak mahu menjangkakan apa-apa kerana ini merupakan pengalaman pertama menunaikan umrah. Waktu kecil-kecil dulu pernahlah buat umrah tapi masa tu kita tak tahu apa-apa kan.

"Saya berharap semuanya berjalan lancar sebab rasa berdebar dan takut tu ada juga, macam-macam boleh jadi kan," ujarnya.



Dia turut membuat persiapan fizikal dan mental untuk menunaikan ibadah umrah selama sebulan di sana.

"Saya memang berniat untuk penuhkan diri dengan beribadah di sana. Menurut apa yang saya dengar, waktu Ramadan memang ramai menunaikan umrah.


"Saya perlu benar-benar bersedia daripada segi mental dan fizikal. Setiap hari saya melakukan senaman sebab dekat sana kan memerlukan banyak pergerakan, tambah pula kita berpuasa," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-3-2023 12:29 PM
nauzubillah min zalik who are yusssssss
Quote dudaberhias 23-3-2023 12:30 PM
hengatkan sheols ni sasha 30k yang aktif job dulu2... yang walaupun aktif menyundal tapi tak lupa mencarum kwsp dan masuk simpanan tabung haji...
Quote heythere123 23-3-2023 03:12 PM
untungnya ada peluang. Semoga dapat utilise ramadhan sebaiknya. Sheols pon tak nampak wild sangat
Quote heythere123 23-3-2023 03:12 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 12:29 PM
nauzubillah min zalik who are yusssssss

kakadud tengok tak projek anchor spm? sheols antara one of the main leads
Quote BungaMataKucing 23-3-2023 03:55 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 12:30 PM
hengatkan sheols ni sasha 30k yang aktif job dulu2... yang walaupun aktif menyundal tapi tak lupa me ...

ye kakadud, I masuk sebab ingatkan shasha30k, sekali whoryusssss
Quote dekmieDandy 23-3-2023 04:12 PM
aku selalu dok konpius dia ni, ex-mail Shalma Eliana dengan lagi satu anak afdlin Mia Sara

muka dengan tinggi lebih kurang
Quote edoraixora 23-3-2023 04:14 PM
dia ni yg berlakon drama Bawah Blok tu ke
Quote Begbiru 23-3-2023 04:16 PM
sape pulak ni
Quote cmf_premierleag 23-3-2023 04:51 PM
Sana sini retis ckp depa tolak job ms ramadhan
Sebenarnya mmg takde job pun utk ko la sbb penerbit pun x kuasa nk suruh org shoot ms bln ramadhan ni
Berenti perasan bleh??
Kau pun bukan pelakon hebat smpi nk kene tolak byk jon..sasha abdul whoareyussss???
Quote nb_17 23-3-2023 05:06 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 12:29 PM
nauzubillah min zalik who are yusssssss

aku takboleh betul kl ko yg komen...auto ak baca dlmnada chefwan hahahah..slmt berpuasa u oll cik gayah2 sekelian..dah2la membawang tu hahah
Quote Kimjennso 23-3-2023 11:42 PM
dia ni cantik muka macam demi kim
Quote rosedemon 24-3-2023 09:56 AM
ko melancong je kan pegi sana

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050115 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top