Pemenang Piala Dunia 2014, Mesut Ozil mengumumkan dirinya 'menggantung but' serta-merta pada usia 34 tahun. Ozil yang memenangi Piala Dunia bersama Jerman mengumumkan persaraan daripada karier bola sepaknya yang penuh gemilang menerusi satu hantaran di Instagram.
Bekas bintang Real Madrid sebelum menyertai Arsenal itu berterima kasih atas peluang menjadi pemain profesional hampir 17 tahun. "Tetapi sejak kebelakangan ini, dengan kecederaan yang saya alami, saya rasa sekarang masa yang sesuai untuk meninggalkan bola sepak. “Saya ucapkan terima kasih kepada kelab-kelab yang pernah saya wakili – Schalke 04, Werder Bremen, Real Madrid, Arsenal, Fenerbahce, Basaksehir – dan jurulatih serta rakan sepasukan yang banyak membantu saya. “Terima kasih juga kepada penyokong yang sentiasa setia bersama saya dalam apa jua keadaan dan di kelab mana saya berada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bersama Real, Ozil pernah memenangi gelaran La Liga (2011-2012) dan Piala Raja Sepanyol (2010-2011), di England dia membantu Arsenal merangkul Piala FA (2013-2020) dan Piala Komuniti (2015). Bekas perancang utama itu juga pernah memenangi beberapa anugerah individu termasuk Anugerah Media Laures dan pemain terbaik Jerman pada tahun 2011, 2012, 2013, 2015 dan 2016.
|
ADVERTISEMENT