Bapa kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis lori treler pagi semalam, ralat tidak sempat beraya sedondon satu keluarga. Utusan melaporkan, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin juga terkilan dengan tragedi menyayat hati di ambang Ramadan itu.
Lebih meruntun jiwa apabila Muhammad Jamathir Ahmad Nordin tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir selepas separuh badannya hancur digilis kenderaan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Gong. Dalam tragedi itu, anak keduanya, Alif Zahfran, 7, turut dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat kecederaan di kepala. “Saya dapat khabar kemalangan ini dari isteri, Rubyiatul Adawiyah Mat Ros, 28 pagi tadi. Sebaik sahaja terima berita itu, saya terus ke lokasi kejadian dan tiba di sana kira-kira pukul 11.35 pagi.
“Saya amat terkilan, walhal pada awal pagi saya sempat menatap dan bersalaman dengan kedua-duanya sebelum mereka pergi ke sekolah dan saya keluar bekerja. Tiba-tiba dapat panggilan, anak sulung saya sudah tiada,” katanya ditemui pemberita. Pemberita menemui lelaki berusia 32 tahun itu di Jabatan Forensik HTAR selepas dua anaknya terbabit kemalangan ketika membonceng motosikal bersama seorang wanita, 54, yang juga jirannya. Difahamkan, ketika mereka melalui Jalan Tengah di kampung berkenaan, sebuah lori treler merempuh motosikal dinaiki mereka. Kejadian tragis itu turut menyebabkan wanita berkenaan dirawat di hospital tersebut, sementara Alif Zahfran pula dilaporkan perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan dialaminya. Jelas Jamathir, jirannya itu memang diupah untuk membantunya mengambil kedua-dua anaknya pulang dari sekolah ketika sedang bekerja. Lebih memilukan, mereka sekeluarga sudah membuat persiapan untuk sambutan bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. “Arwah bersama ibu dan adiknya lihat sama-sama pakaian yang dijual dalam aplikasi pembelian dalam talian, kemudian ukur seorang demi seorang untuk dapatkan saiz yang tepat sebelum beli beberapa hari lalu. Kami hendak pakai baju sedondon sekeluarga berwarna hitam. “Malah, bajunya sudah pun sampai pada minggu lalu, arwah sangat teruja melihatnya dan tidak sabar untuk pakai pada hari raya nanti. Saya amat sedih bila teringat kenangan singkat itu, saya tak dapat bayangkan macam mana kami sekeluarga hendak melalui Ramadan dan Syawal nanti, Allah lagi sayang dia,” luahnya yang dipetik Utusan. - CARI |
Kurex replied at 23-3-2023 05:21 AM
Treler memang laju yach! Lepas tu bangga dgn gelaran pilot darat padahal kelindan lori jah pun. Kecu ...
primarikey replied at 23-3-2023 07:17 AM
Harap ada lawyer yg nk tolong family ni saman driver treler tu...jgn biarkn dia lepas mcm tu je
sangbara2020 replied at 23-3-2023 07:35 AM
aku xsanggup tgk video
ce citer boleh x
asfaz replied at 23-3-2023 07:19 AM
asfaz replied at 22-3-2023 06:48 PM
Video tak tunjuk keadaan arwah adik tu. Bukti makcik tu keluar simpang meluru aje. Walhal treler s ...
asfaz replied at 23-3-2023 07:48 AM
Video tak tunjuk keadaan arwah adik tu. Bukti makcik tu keluar simpang meluru aje. Walhal treler s ...
ADVERTISEMENT