Gosip liar mengatakan Son Ye Jin meminta cerai dari suaminya, Hyun Bin mengejutkan peminat hiburan Korea Selatan. Menurut Gempak, gosip itu pertama kali dideahkan menerusi penyebaran sebuah video pendek yang mendakwa mereka akan bercerai pada April ini.
“Hyun Bin telah kehilangan sekitar RM10.28 juta menerusi pelaburan dan kalah dalam banyak perjudian. Dia juga punya hutang judi yang banyak menyebabkan Son Ye Jin tidak tahan dan meminta cerai daripadanya,” begitu kenyataan di video tersebut yang dipetik dari Koreaboo. Dikatakan petikan video tersebut diambil dalam satu perbualan menerusi program Tonight Show with Jimmy Fallon… dan kononnya disiarkan dalam Jimmy Kimmel Live! Tidak mengambil masa yang lama, pihak agensi Hyun Bin, VAST Entertainment terus mengeluarkan kenyataan rasmi. Mereka menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang tidak munasabah itu.
“Pihak kami sentiasa mengawasi berita palsu dan oleh kerana ia tidak benar, kami sedang berbincang untuk menguruskan hal ini. “Khabar tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Kami juga sudah melakukan aduan mengenai video tersebut dan mahu ia diturunkan. “Sekiranya hal ini masih berlarutan, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil langkah seterusnya,” tulis kenyataan yang dikeluarkan VAST Entertainment. Hyun Bin, 40, berkahwin dengan Son Ye Jin pada 2022 dan keduanya memaklumkan menimang cahaya mata pada Disember lalu. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT