CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11398|Reply: 9

Kecoh Son Ye Jin Minta Cerai Sebab Hyun Bin Kaki Judi, Rugi RM10.28 Juta

[Copy link]
Post time 22-3-2023 08:11 PM | Show all posts |Read mode
Gosip liar mengatakan Son Ye Jin meminta cerai dari suaminya, Hyun Bin mengejutkan peminat hiburan Korea Selatan.


Menurut Gempak, gosip itu pertama kali dideahkan menerusi penyebaran sebuah video pendek yang mendakwa mereka akan bercerai pada April ini.


“Hyun Bin telah kehilangan sekitar RM10.28 juta menerusi pelaburan dan kalah dalam banyak perjudian. Dia juga punya hutang judi yang banyak menyebabkan Son Ye Jin tidak tahan dan meminta cerai daripadanya,” begitu kenyataan di video tersebut yang dipetik dari Koreaboo.









Dikatakan petikan video tersebut diambil dalam satu perbualan menerusi program Tonight Show with Jimmy Fallon… dan kononnya disiarkan dalam Jimmy Kimmel Live!


Tidak mengambil masa yang lama, pihak agensi Hyun Bin, VAST Entertainment terus mengeluarkan kenyataan rasmi.


Mereka menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang tidak munasabah itu.


“Pihak kami sentiasa mengawasi berita palsu dan oleh kerana ia tidak benar, kami sedang berbincang untuk menguruskan hal ini.


“Khabar tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Kami juga sudah melakukan aduan mengenai video tersebut dan mahu ia diturunkan.


“Sekiranya hal ini masih berlarutan, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil langkah seterusnya,” tulis kenyataan yang dikeluarkan VAST Entertainment.


Hyun Bin, 40, berkahwin dengan Son Ye Jin pada 2022 dan keduanya memaklumkan menimang cahaya mata pada Disember lalu.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
OMG btol ke nihhh haih nak smbut posa xtennang plak dengar gosip gini hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pulak dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm baruuuuuu je lg nengok crash landing on u tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:12 PM | Show all posts
sibuk2 menafikan gosip konon
last2 yg gosip itulah beneran hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok2 nanti gosip ni betul dlu songsong pun mcm ni jugak bila ada rumor dorang nk cerai beria bantah, last2 betul cerai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 03:18 PM | Show all posts
Harap sekadar gosip semata2....kes cerai artis Malaysia yg tgh hangat skg ni pun dah letih nak hadap #tibah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga tak betul la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu xde angin pokok xkan bergoyang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik judi rupanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058009 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list